Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam,
Jalan Ulu Bertam,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
___________________________________________________
Pengurus,
Kilang Cahaya Batik,
Kampong Pauh Kubor,
15350 Kota Bharu,
KELANTAN. 28 OGOS 2019
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan
ke Kilang
Salam penuh takzim. Dengan segala
hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk
pengetahuan tuan, Persatuan Bahasa Melayu ingin mengadakan lawatan sambil
belajar ke kilang tuan. Lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan
pengetahuan murid-murid tentang industri kain
dan proses penghasilan kain batik.
3. Butiran
lawatan adalah seperti yang berikut:
Tarikh : 3 September 2019 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Peserta : 33 orang (30 orang murid dan 3 orang guru)
4. Kami
berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada kami dan memberi maklum
balas dengan segera. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, diharap pihak tuan
dapat menghubungi Puan Mawar, 014-567 3156. Kerjasama daripada pihak tuan, saya
dahului dengan ucapan terima kasih.
Saya yang berharap,
Hazim
(MUHAMMAD HAZIM BIN AHMAD AMRAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam.
September 15, 2019 at 8:08 PM
bagus.. sesuai untuk rujukan UPSR