twitter
rss

Showing posts with label bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label bahasa Malaysia. Show all posts


TEKA - TEKI INI MUNGKIN PERNAH DIDENGARI DAN JUGA MUNGKIN TIDAK PERNAH DIDENGARI. SELAMAT MENJAWAB TEKA - TEKI LUCU  INI.
(             ) = SEBAB

1. Dalam banyak - banyak bank, bank apa yang menghabiskan duit.
    JAWAPAN: POWER BANK  ( KENA BELI )

2. MAK CIK Ali ada 4  anak. Anak 1 bernama ISNIN. Anak 2 bernama SELASA. Yang ke-3 bernama RABU. Ke-4 bernama KHAMIS. Apakah nama anak yang ke-5?
    JAWAPAN: MANA ADA (TENGOK SOALAN BETUL - BETUL)

3. Dalam banyak - banyak HERO, hero apa yang pakai baju ketat?
   JAWAPAN: SUPERMAN (DEPAN BAJU BAHAGIAN DADA TU KAN TUNJUK SIZE S)

4. Raya apa yang paling panjang?
   JAWAPAN: JALAN RAYA

5. Bunga apa lagi siram, lagi mati?
   JAWAPAN: BUNGA API

6. Abu ada 5 ekor kucing. Kucing 2 dan 3 hilang. Kucing dua ekor tu pergi mana?
   JAWAPAN: KAT PANTUN ADA (DUA TIGA KUCING BERLARI,
                                                                   KENA TIPU DENGAN SAYA SENDIRI.)

7. Haiwan apa yang paling pendek ejaannya selain IKAN YU.
   JAWAPAN: UDANG (U dan G)


Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam,
Jalan Ulu Bertam,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
___________________________________________________
Pengurus,
Kilang Cahaya Batik,
Kampong Pauh Kubor,
15350 Kota Bharu,
KELANTAN.                                                                                     28 OGOS 2019

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kilang
Salam penuh takzim. Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2.        Untuk pengetahuan tuan, Persatuan Bahasa Melayu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang tuan. Lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan murid-murid tentang industri kain  dan proses penghasilan kain batik.

3.        Butiran lawatan adalah seperti yang berikut:
            Tarikh       : 3 September 2019 (Selasa)
            Masa         : 8.30 pagi - 5.30 petang
            Peserta     : 33 orang (30 orang  murid dan 3 orang  guru)

4.        Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada kami dan memberi maklum balas dengan segera. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, diharap pihak tuan dapat menghubungi Puan Mawar, 014-567 3156. Kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang berharap,
            Hazim
(MUHAMMAD HAZIM BIN AHMAD AMRAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam.


Catatan Aktiviti Perkhemahan Pengakap

Sabtu, 15 Oktober 2018
8.00 pagi

Persatuan pengakap mengadakan aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan Gua Kelam. Perkhemahan tersebut disertai oleh 40 orang ahli. Kami tiba pada pukul 8.00 pagi. Kemudian, kami meletakkan barang dan memasang khemah berdekatan dengan sebatang sungai yang jernih. Taklimat tentang cara-cara menjaga diri juga turut diberikan oleh Cikgu Zamir.


2.00 petang
Kami solat Zohor berjemaah di kawasan yang lapang. Selepas itu, cikgu membawa kami meredah hutan yang tebal untuk mencari kayu api. Sambil mencari kayu api, cikgu memberitahu kami tentang flora dan fauna yang kami temui. Jalan yang kami lalui juga agak licin. Kami mendengar arahan guru supaya tidak berlaku sebarang kecederaan.


8.00 malam
Pada pukul 8.00 malam, kami menjerang air sungai dengan menggunakan cerek. Sementara menunggu air mendidih, saya  makan bersama rakan-rakan dan guru pendamping. Seterusnya, kami membuat latihan persembahan tradisional. Pelbagai adegan lucu dan seronok dapat kami rasai. Antaranya ialah yang lucu dan seronok. Akhir sekali, kami dikejutkan oleh guru untuk membuat sesi burung hantu. Kami berasa begitu takut ketika sesi itu berlangsung.


Ahad, 16 Oktober 2018
5. 30 pagi
Selepas solat Subuh, kami bersarapan bersama-sama. Kami berlatih kawad kaki dan belajar ikatan serta membuat gajet. Kami menunjukkan gajet yang kami reka kepada juri. Juri kemudian nya menulis markah terhadap rekaan kami.


10.00 pagi
Kami dikehendaki memasak satu makanan dengan bahan yang diberikan. Kami diberi sardine, sayur kubis dan sebiji telur. Kami memasak beberapa sandwich. Kami seterusnya menjamah sandwich yang kami masak itu


12.00 tengah hari
Sesi penyampaian hadiah pun berlangsung. Kumpulan kami memenangi tempat pertama dalam aktivi membuat gajet. Kami berasa sungguh gembira. Sungguh, ini merupakan perkara paling bermakna dalam hidup saya.






5 PERKARA ASAS BAGI PEMAIN PERTAHANAN

1.BERSABAR
Seorang pemain pertahanan mesti berani.Dia perlu bersedia menerjah dirinya untuk ' tackle ' dan berebut dengan pemain lawan yang lebih besar dari dirinya.kamu boleh memperbaiki  kecekapan membentes dengan berlatih secara satu lawan satu dengan rakan kamu.Walaupun sebagai pemain pertahanan kamu semestinya agresif,tetapi elakkan melakukan ' foul ' . Sekiranya pemain lawan mempunyai bola,dia akan cuba  membawa bola jauh dari kamu.Oleh itu,semasa dia melakukan gerakan itulah waktu anda  patut bertindak pada masa yang tepat. 



2. IKUT PERGERAKAN PEMAIN LAWAN (MARKING)
'Man To Man Marking' semakin pupus kerana banyak pasukan lebih gemar menggunakan 'Zonal Marking' (marking mengikut kawasan dan bukan ikut orang) . Walaupun  prinsip 'zonal marking' membenarkan kamu tidak perlu mengikut pemain lawan apabila dia bergerak , kamu tetap perlu malakukan 'man-marking' sekiranya bola dihantar pemain yang berada dalam zon kamu. Jadi, kamu masih perlu tahu cara-cara menyempitkan ruang dan menghampiri pemain lawan secepat mungkin. Pergerakan sangat penting terutamanya jika bertahan menentang pemain lawan lebih tinggi. Kamu perlu bergerak lebih cepat darinya untuk menghalang hantaran lintang dari sampai kepadanya.




3. BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN

Kepantasan pergerakan kamu bergantung pada cara kamu bergerak kadangkala ke hadapan, mungkin ke tepi atau ke belakang. Untuk mendapatkan kelebihan dalam situasi satu-lawan-satu kamu perlu menukar arah dengan cepat, bukan sahaja sebagai individu tetapi seluruh pasukan perlu boleh berubah arah dengan pantas. Berlatih dengan teknik satu-lawan-satu ,kemudian dua-lawan-dua , empat-lawan-enam dan empat-lawan-lapan (empat = pertahan, lapan=penyerang). Latihan sebegini mengajar kamu cara untuk mengekang permainan lawan yang akhirnya memaksa mereka melakukan hantaran jauh.


4. BERSEDIA UNTUK YANG TERBURUK

Tumpuan dan keyakinan diri juga penting sebagai pemain pertahan .Permainan akan menjadi lebih mudah bagi kamu sekiranya kamu sentiasa mengawasi pergerakan pemain - pemain lawan di setiap kawasan.Melalui latihan yang betul , kamu akan membuat keputusan yang tepat dan sama ada untuk bertindak dengan agresif merampas bola atau menunggu dengan tenang waktu yang sesuai untuk bertindak.Semasa latihan,situasi - situasi dalam permainan perlu diulang - ulang untuk memberikan kamu keyakinan dan kecekapan bagi mengatasi pemain lawan dalam situasi permainan sebenar.Oleh itu, biasakan berlatih dengan situasi terburuk yang mungkin menghadapi oleh seorang pemain pertahanan.


5. MENYERANG  DARI BELAKANG

Kamu bukan sahaja perlu cekap melakukan asakan dan bentesen,tetapi kamu juga perlu berupaya menyimpan bola dan melakukan hantaran - hantaran tepat kerana rakan sepasukan kerana rakan sepasukan perlu melakukan serangan.Dengan bermula dari belakang,kamu berupaya membawa bola kehadapan dan melakukan hantaran pendek kepada pemain tengah atau hantaran panjang terus kepada penyerang.Sekiranya bola terlepas kepada pihak lawan,kamu sepatutnya naik dan merapatkan ruang secepat mungkin.Jangan berundur apabila kehilangan bola kerana tindakan ini akan membantu pihak lawan menekan pasukan kamu.



SEMOGA
BERJAYA




sumber:BOLA KAMPUNG
              isu 24-Mei 2013
Diterbit oleh: Publicasia

sumber:  http://bahasamelayubersamasaba.blogspot.my/2013/05/simpulan-bahasa.html



Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.



1. ada hati
   Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
   Ayat
​      : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

2. akal kancil   Maksud : tipu daya yang licin
   Ayat      : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.

3. alas perut   Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu
   Ayat      : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.

4. alim-alim kucing   Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.
   Ayat      : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.

5. anak angkat
   Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
   Ayat      : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.
  
6. anak bongsu   Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga
   Ayat      : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas   Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
   Ayat      : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan.

8. anak kandung   Maksud : anak sendiri
   Ayat      : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.

9. angkat bakul   Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.
   Ayat      : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.

10. atas angin     Maksud : Negara-negara barat
     Ayat      : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.

11. banyak mulut     Maksud : orang yang suka bercakap
     Ayat      : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

 12. batu api     Maksud : penghasut
     Ayat      : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan     Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
     Ayat      : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan     Maksud : hasil kerja tangan seseorang
     Ayat      : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.

15. bergadai nyawa     Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu
     Ayat      : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa
​kebakaran.

16. buah mulut     Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
     Ayat      : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah 
​mulut seluruh kampung.

17. buah tangan     Maksud : pemberian
     Ayat      : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

 18. bulat kata     Maksud : sepakat, sehati
     Ayat      : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh     Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
     Ayat      : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.

20. gaji buta     Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh
     Ayat      : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.

21. ikat perut     Maksud : mengurangkan makan kerana susah
     Ayat      : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu
​memberikan wang saku kepadanya.

22. iri hati    Maksud : perasaan cemburu
     Ayat      : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu     Maksud : tidak mendapat kata sepakat
     Ayat      : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu.
  
24. keras kepala
     Maksud : tidak mahu mengalah
     Ayat      : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.

25. khabar angin     Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.
     Ayat      : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar tentang dirinya.

26. langkah kanan     Maksud : mujur atau bernasib baik
     Ayat      : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di pesta buku itu.

27. langkah seribu     Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut
     Ayat      : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya.

28. mandi peluh     Maksud : basah dengan peluh
     Ayat      : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

29. mata duitan     Maksud : orang yang mementingkan wang saja
     Ayat      : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.

30. pilih kasih     Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi
     Ayat      : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.

31. rambang mata     Maksud : sukar untuk membuat pilihan
     Ayat      : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

32. ringan tangan
     Maksud : suka menolong orang
     Ayat      : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.

33. ringan tulang
     Maksud : rajin bekerja
     Ayat      : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

34. sampai hajat
     Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati
     Ayat      : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.

35. saudara baru     Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam
     Ayat      : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi.
  
36. senyum kambing
     Maksud : senyum mengejek
     Ayat      : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata
     Maksud : hadiah kenang-kenangan
     Ayat      : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

38. tangan terbuka     Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan
     Ayat      : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.

39. tangkai jering     Maksud : orang yang kedekut
     Ayat      : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.

40. ulat buku     Maksud : orang yang tekun membaca
     Ayat      : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.