twitter
rss


"Mamak, ohh mamak. Roti canai satu." Bakri berkata. "Hoii! Tak pasai -pasai kata aku mamak. Wooit! Ni restoran 5 bintang la. Apa punya bengap la kau ni." Marah waiter.

          Yea, kita berjumpa lagi dalam blog ni. Miss me tak? Hehe. BTW, pernah tak korang pergi restoran, pastu jumpa ada la macam pak cik yang duk berkumpulan dalam satu meja, tengah berborak, sampai dah dekat pukul 12.00. Yang tu boleh dikatakan melepaklah.

          Tapi, jangan nak banding sesuatu hanya dengan melihat keburukan. Kita perlu tengok gak kebaikannya. Sebagai contoh, ermm, ahh, ape ye, hrmm, ha. Boleh erat hubungan dengan kengkawankan. Lagi satu, boleh tahu benda yang kita tak tahu, macam isu semasa. Kot kita tak tau, kawan kita boleh gitau. Bukan sekadar membawang je, tapi ilmu pun boleh mengalir.

          Dan melihat kepada perkara negatifnya, boleh membuang masa. Mana taknya, melepak sampai macam pukul 1 ataupun pukul 3 baru balik. Tapi, ada satu lagi melepak nak gitau. Kalau kita tengok gajet lama sangat, kita boleh diklasifikasinkan (perhh, ayat tu.) sebagai pelepak maya.