twitter
rss


Tak tak. Kita bukan nak bincang pasal jem yang disapu pada roti tu. Tak. Bukan sekarang. Kita nak bincang pasal jem jalan raya. Ala, nak senang kita kata kesesakan lalu lintas.

            So, kesesakan ni selalunya berlaku apabila berlambak kereta berbaris dalam barisan yang panjang ya ampun. Kebiasaannya, di highway atau lebuh raya la yang paling banyak jem. Bila jem berlaku sekarang ni? You see, jem ni berlaku time cuti umum yang panjang, hari perayaan, selepas solat Jumaat ataupun waktu pagi dan tengah hari. Yela, waktu pagi ibu bapa hantar anak pi sekolah, waktu tengah hari mai ambil.

            Dalam berita banyak sebut pasal kemalangan. Ini semua di antara kesan jem. Tapi, bukan salah jem tu, pemandu tu ha. Mana tak nye, dah menjadi lumrah manusia nak sampai dulu. Jadi, main potong line pemandu lain aje la sampai boleh terbang. Terbang tu terbang ke rahmatullah. Lain kali, kalau nak potong tu, tengok keadaan la brader. Lihatlah wajah pemandu kereta yang hendak dipotong tu sambil meminta izin untuk potong line. Kalau dia bagi, nasib la.

            Apa yang kita belajar ialah memotong line orang waktu jem memang bawak masalah. Jadi, nak selamat bersabarlah di dalam kereta sampai selamat ke hala tuju masing-masing. Remember, hidup di dunia hanya sekali. INGAT.

0 comments:

Post a Comment