Batuk, selesema, kurap, taun, kancing gigi, tuberkolusis dan
konjunktivitis. Apa persamaannya. Jika anda menjawab mereka semua ialah jenis
penyakit, anda betul. Tahniah. Penyakit kebanyakannya disebabkan oleh
mikroorganisma tidak kiralah di dalam badan, di luar badan dan macam-macam
lagilah.
Jadi, sebelum anda
membaca blog ini, saya nak tanya la. Demam malaria tu disebabkan mikroorganisma
apa? Kalau tak tahu, demam ni bukanlah disebabkan oleh virus macam demam
denggi. Ia disebabkan oleh mikroorganisma yang dinamakan protozoa. Protozoa merupakan
mikroorganisma yang hidup di kawasan berair.
Kalau anda
berpenyakit, apa yang akan anda buat? Saya confirm sebahagian daripada anda
akan jawab jumpa doktor. Sebenarnya memang kena jumpa doktor pun sebab kita
bukan tau nak mencegah dan mengubati penyakit ni macamna kan. Doktor Cuma bagi
ubat, tapi ubat tu bukan boleh buat apa pun. Sebabnya, Tuhan yang menyembuhkan
kita daripada penyakit (buat la sentap sikit). J
Cuba pembaca
renungkan, apa yang berlaku jika dunia ni penuh penyakit. Terpaksalah kita
berpindah ke planet lain. Tu pun kalau boleh. Oleh itu, orang-orang tua telah
menyediakan kalimat indah dan bermoral untuk kita menjaga diri. Kalimatnya
ialah "Mencegah lebih baik daripada mengubati.