twitter
rss

Showing posts with label SUPER JERRY. Show all posts
Showing posts with label SUPER JERRY. Show all posts

Tiba-tiba, Jerry berasa sesuatu yang tidak kena. Dia merasakan badannya  bertukar stuktur kepada sesuatu. Dia melihat ke arah belakang. Pemburu itu menghampirinya. Kerana sungguh takut, tanpa berfikir panjang di terjun ke dalam sungai yang deras arusnya. Dia berasa pelik. Walaupun berada di dalam air, dia masih boleh bernafas seperti biasa. Dia melihat ke arah pemburu itu. Hilang daripada pandangannya. Dia mendongak untuk melihat. Kelihatan pemburu itu berlari ketakukan.


               Dia berasa lega. Akan tetapi, leganya tidak lama apabila melihat Crodo, seekor buaya berenang dengan pantas menuju ke arahnya.


    “Aduh, apa kena dengan diri aku ni” monolog Jerry kebingungan.
Tiba-tiba datang harimau yang memakan garuda tua itu. Sisa darah garuda itu masih ada dimulutnya. Harimau itu mendekati Jerry lalu berkata
“Ke mana lagi kamu ingin lari ya Jerry”
“Dari mana kau tahu nama aku” tanya Jerry ketakutan.
“Aku sebenarnya bukan harimau tetapi aku sebenarnya sahabat kepada garuda itu. Dia menjampi aku menjadi harimau. Sekarang aku akan membalas dendam” kata harimau panjang lebar.
  “Tetapi kenapa kamu ingin mengejar aku” tanya Jerry.
    “Aku ingin semua barang yang garuda beri pada engkau itu dihapus bersama kamu sekali”
   Jerry sungguh takut. Kalaulah dia menjadi ikan, sudah tentu aku boleh berenang melepasi anak sungai itu. Tiba-tiba tiga pemburu datang lalu melepaskan anak panahnya tepat mengenai badan harimau itu. Ketika pemburu itu menghampiri Jerry, dia menjerit

   “Aku ingin menjadi ikan”

Pada suatu hari, seekor kancil yang bernama Jerry sedang bermain di sebuah taman dengan riang. Tiba-tiba, seekor rama-rama terbang melintasi  Jerry. Jerry pun terus mengejar rama-rama itu sampai ke sebuah pondok lama. Tiba-tiba, seekor garuda tua keluar dari pondok itu lalu menuju kearah Jerry. Jerry ketakutan.
”Apa yang engkau mahu daripada aku” tanya  Jerry teresak-esak.
“aku mahu mewariskan kuasa aku ini untuk seseorang. Dan aku sudah tahu untuk siapa harus aku wariskan. Kamulah yang akan mewariskan kuasa aku ini Jerry” kata garuda tua itu.
               Tiba-tiba seekor harimau  muncul lalu menerkam  Jerry. Namun berjaya dihalang oleh garuda tua itu. Percikan darah Sang Garuda mengenai wajah Jerry.
“Cepat ambil rantai ni,” kata Sang Garuda  tua. Jerry pun lantas menarik rantai itu sebelum harimau itu menggigit bahu Garuda tua. Jerry pun berlari tanpa memandang ke belakang kerana tidak sanggup untuk melihat adegan yang sedang berlaku.

*_*


                Jerry berlari hingga sampai ke tebing anak sungai lalu melihat wajahnya yang berlumuran darah garuda tua itu. 

Aduh

 "Tolong, tolong. Tolong selamatkan kami" pekikan sekumpulan arnab memecahkan keheningan pagi. Beberapa orang pemburu mencari-cari mangsanya. Beberapa ekor arnab sudah ditangkap manakala beberapa lagi cuba meloloskan diri dengan melarikan diri jauh dari kediaman mereka. Seekor arnab berlari tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya lalu terhantuk pada sesuatu lalu terjatuh.  Arnab itu bingkas bangun lalu melarikan diri semula. Tiba-tiba tangannya dipaut oleh makhluk yang dilanggarnya.  "Kenapa ni?," tanya makhluk itu. "Kampung kami diserang,” kata sang arnab. “Bawa aku ke situ”