UPSR. Kalau kamu tak hadapi UPSR, well kamu bukan Year 6 or
above. UPSR ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Dan, part yang yang
seronoknya pula ialah, (tak seronok pun, buat-buat seronok jelah ye), ujian ini
khusus untuk murid Year 6. YAYYYY.
Kalau tanya saya
la kan, UPSR ni sama je macam peperiksaan darjah 4 dan 5. Cuma mereka ni nak
buat budak nervous je. Macam mana caranya, well mereka hantar kertas UPSR ni ke
luar negeri. Katanya pemeriksa tu bukan macam pihak sekolah periksa, kalau nak
betul, ayat mesti betul la, itulah, inilah dan macam-macam lagilah.
Sebenarnya,
pemeriksa kertas tu bukanlah seperti yang dinyatakan, guru-guru cuma nak
budak-budak buat betul- betul la. Kot la, mana tau terjadinya careless
mistakes. Sebab tu la guru-guru keraskan supaya jangan apa? Jangan lalai.
Jadi, apa
kesimpulannya? Kesimpulannnya ialah jangan takut nak jawab UPSR. Buat lek dah
la. Hilangkan stress dengan nyanyi lagu ka, main badminton ka. Asalkan bukan
berunsurkan perkara yang boleh menjebakkan diri dengan stress sebab kalau stress,
jawab periksa lagila stress.