Catatan Aktiviti Perkhemahan Pengakap
Sabtu, 15 Oktober 2018
8.00 pagi
Persatuan pengakap mengadakan aktiviti perkhemahan di tapak
perkhemahan Gua Kelam. Perkhemahan tersebut disertai oleh 40 orang ahli. Kami
tiba pada pukul 8.00 pagi. Kemudian, kami meletakkan barang dan memasang khemah
berdekatan dengan sebatang sungai yang jernih. Taklimat tentang cara-cara
menjaga diri juga turut diberikan oleh Cikgu Zamir.
2.00 petang
Kami solat Zohor berjemaah di kawasan yang lapang. Selepas
itu, cikgu membawa kami meredah hutan yang tebal untuk mencari kayu api. Sambil
mencari kayu api, cikgu memberitahu kami tentang flora dan fauna yang kami
temui. Jalan yang kami lalui juga agak licin. Kami mendengar arahan guru supaya
tidak berlaku sebarang kecederaan.
8.00 malam
Pada pukul 8.00 malam, kami menjerang air sungai dengan
menggunakan cerek. Sementara menunggu air mendidih, saya makan bersama rakan-rakan dan guru
pendamping. Seterusnya, kami membuat latihan persembahan tradisional. Pelbagai
adegan lucu dan seronok dapat kami rasai. Antaranya ialah yang lucu dan
seronok. Akhir sekali, kami dikejutkan oleh guru untuk membuat sesi burung
hantu. Kami berasa begitu takut ketika sesi itu berlangsung.
Ahad, 16 Oktober 2018
5. 30 pagi
Selepas solat Subuh, kami bersarapan bersama-sama. Kami berlatih
kawad kaki dan belajar ikatan serta membuat gajet. Kami menunjukkan gajet yang
kami reka kepada juri. Juri kemudian nya menulis markah terhadap rekaan kami.
10.00 pagi
Kami dikehendaki memasak satu makanan dengan bahan yang
diberikan. Kami diberi sardine, sayur kubis dan sebiji telur. Kami memasak
beberapa sandwich. Kami seterusnya menjamah sandwich yang kami masak itu
12.00 tengah hari
Sesi penyampaian hadiah pun berlangsung. Kumpulan kami
memenangi tempat pertama dalam aktivi membuat gajet. Kami berasa sungguh
gembira. Sungguh, ini merupakan perkara paling bermakna dalam hidup saya.
November 24, 2020 at 1:07 AM
Memang menbantu. Terima kasih