twitter
rss


Saya nak bagitau satu teka-teki. Amin ada 4 orang adik. Ayah mereka belikan 20 gula-gula. Berapa yang setiap seorang dapat? Jawapannya ialah Amin dapat 20 gula-gula manakala adik-adik dia dapat air mata mengalir di mata sebab abang mereka rembat semua gula-gula.
          Ok, berbalik kepada topik, saya nak bagitau satu cerita sebenar. Pernahlah saya pergi kedai tepi jalan. Kedai tu ramai orang. So, saya pun beraturlah. Bila sampai giliran, saya orderlah nasi kerabu 2 bungkus. Tapi kakak yang jaga kedai tu tak endah pun. Pastu ada sorang mak cik datang order nasi kerabu. Kakak jaga kedai tu pun buatlah nasi kerabu kat dia.
          Lepas mak cik tu blah, saya cubalah order lagi sekali nasi kerabu 2 bungkus. Korang tau apa kakak tu buat. Dia buatlah nasi kerabu untuk saya. Tak ayat di sebelah cuma penipuan. Kakak tu tak buat pun nasi kerabu tu untuk saya. Apa dia ingat aku ni patung duk buat bodo je kat depan kedai dia. Lepastu, ada sorang mak cik lain bawak anak dia order nasi kerabu. Kakak tu pun buatlah nasi kerabu untuk dia. Nasib baiklah aku tak hentam saja meja makanan dia tu. Ni la apa yang saya rasa.

                             


          APA DIA INGAT AKU MAI KEDAI DIA BUAT APA. Lepastu sesedap dia ja kata dia ingat aku ni anak mak cik tu lepas aku tanya dia yang aku mintak nasi kerabu 2 bungkus. Hoi, abih aku mai dah dekat lebih 5 minit pun tak perasan-perasan lagi. Ok, saya tahu apa korang cakap, kita mestilah biarkan laluan kepada orang yang lebih tua untuk buat pesanan dulu. Tapi, dah kita sampai dulu, kita order dulu, tapi dia buat untuk orang yang lebih tua daripada kita. Alamat sampai dah nak tutup kedailah baru nak dapat pesanan kita tu.

          Di sini nak ingatkan kepada bukan kepada saya sendiri , ataupun kepada para pembaca, tapi kepada semua orang di dunia. Berlakulah adil supaya tak timbul masalah. Kalau kita adil, kompem kita akan hidup senang. Percayalah.


Hazim: Tolong aku, wei. Tolong. Berat ni.
Adib   : Wei, tengok muka aku. Ada muka aku nampak macam kisah.
Faris   : tak pa, meh kami support hang.
Hazim : oh, thank y….
Faris   : cepatlah sikit. Lembap tul la hang ni Hazim.
Hazim : hang pun sokong Adib!!! WHAT THE ARGGGGGHH!!!!!!!!

            So being supportive ni boleh jadi mudah, boleh jadi susah. Sebagai contoh, kalau budak tu baik, senang la nak support seseorang. Tapi kalau orang to kejam macam setan, tak payah tanya pun tau dah dia kata apa. Sokongan ni juga merupakan platform untuk seseorang untuk mengecapi sesuatu kejayaan.

            So ni ada satu cerita pasai apabila kita tak jadi supportive. Amin tanya apa maksud "stacking" kat mak ayah dia. Tapi, mak ayah dia kata "ha, tu lah. Tadi duk melangut handphone tu tak search apa maksud perkataan tu." Dah kena marah dan tidak mendapat jawapan yang diinginkan, dia pun pendamkan hasrat nak tahu maksud perkataan tu. Bila sampai time periksa, Amin langsung tak tau stacking dan menyebabkan markahnya daripada 80%  (A) jadi 78% (B). Hanya sebab tak tau maksud sebenar stacking.
           
            So, kerana setitik nila, rosak susu sebelanga hanya sebab tak support orang nak belajar. Siapa rugi. Kitakan. Sebab tulah pentingnya kita sentiasa menyokong apa perkara yang boleh mendatangkan kebaikan.


"Mamak, ohh mamak. Roti canai satu." Bakri berkata. "Hoii! Tak pasai -pasai kata aku mamak. Wooit! Ni restoran 5 bintang la. Apa punya bengap la kau ni." Marah waiter.

          Yea, kita berjumpa lagi dalam blog ni. Miss me tak? Hehe. BTW, pernah tak korang pergi restoran, pastu jumpa ada la macam pak cik yang duk berkumpulan dalam satu meja, tengah berborak, sampai dah dekat pukul 12.00. Yang tu boleh dikatakan melepaklah.

          Tapi, jangan nak banding sesuatu hanya dengan melihat keburukan. Kita perlu tengok gak kebaikannya. Sebagai contoh, ermm, ahh, ape ye, hrmm, ha. Boleh erat hubungan dengan kengkawankan. Lagi satu, boleh tahu benda yang kita tak tahu, macam isu semasa. Kot kita tak tau, kawan kita boleh gitau. Bukan sekadar membawang je, tapi ilmu pun boleh mengalir.

          Dan melihat kepada perkara negatifnya, boleh membuang masa. Mana taknya, melepak sampai macam pukul 1 ataupun pukul 3 baru balik. Tapi, ada satu lagi melepak nak gitau. Kalau kita tengok gajet lama sangat, kita boleh diklasifikasinkan (perhh, ayat tu.) sebagai pelepak maya.


Apa ni bang. Jual tepon tak boleh pakai pun. Apa punya tepon abang jual ni. Abang penjual tu pun Tanya, “Adik, adik dah letak bateri ka.” Dah awat. Sekejap, abang ada jual tepon ka? Tengok sat.



Haha, lawak tak. Harap lawak sebab kalau tak lawak, maksudnya pendek umur (inilah salah satu scam). Tak kisahlah anda budak sekolah ka, pelajar tingkatan ka, orang dewasa ka atau bayi ka, semua perlukan alat tulis. Untuk bebudak sekolah, macam basiclah, kena ada pensel, pemadam dan pembaris. Alat tulis ni memang penting sebab tanpa alat tulis, tulisan tak dapat dibuat. Kecuali jika anda ada kemahiran menulis guna batu macam cave man.

            Pensel  ni kekadang ada orang salah eja. Ada ni antara pembaca yang eja dengan ejaan pensil. Pensel tetiba jadi pensil. Bezanya cuma satu huruf, tapi bezanya begitu ketara kerana dalam kamus dewan. Rujuklah mana-mana kamus dewan pun, tak kan ada kamus dewan yang tertera tulisan pensil. Tak caya, rujuklah sendiri. Ingat rajin sangat ka nak cari untuk para pembaca.

            Sekarang, kita berada di perenggan terakhir. Ya, saya tahu, blog kali ini taka da kaitan sangat dengan alat tulis, tapi memang nak tegaskanlah yang alat tulis begitu penting yang teramat penting untuk budak yang ingin belajar sebab yelah, macamlah mereka nak hafal satu buku teks. Setahun pun tak akan boleh hafal.


Selamat pagi. Saya murid baru kat sekolah ni. Boleh saya jadi kawan awak? Kalau pembaca berada di dalam situasi ini, apa yang akan pembaca lakukan? Kemungkinan besar ramai akan kata, "eh, boleh. Apa salahnya." Sememangnya, itulah cara terbaik untuk dapatkan kawan baru.

            But, kekadang benda yang kita nampak senang pun boleh jadi susah seperti nak cari kawan. Kalau nak cari kawan, carilah yang selalu think positive, never give up or nak senang yang akhlak baik. Orang yang kita nak kawan ni nampak baik je, soleh je, apa salah nak kawan. Ehh, sapa kata camtu? Kalau anda hafal peribahasa English (wah, kalau boleh hebatnya. Saya pun tak boleh) mesti anda ingat peribahasa don't judge the book by its cover.

            Kawan boleh mempengaruhi gaya yang tingkah laku kita. Hebatkan. Mereka boleh melakukannya dengan cara apabila kita terlalu rapat dengan mereka, tentu apabila mereka buat jahat, kita ikut sama sebab tak nak rasa bagaimana peritnya kesakitan berseorangan. Sebab tu kawan mesti kawan yang baik. Bukan kawan dengan pembuli.

            Bukalah mata anda dalam menilai kawan dari segi akhlak, cara bertutur dan yang yang paling penting ialah kesetiaan mereka berkawan dengan kita. Ingat, kawan boleh membawa kita ke jalan yang penuh kesenangan dan juga kesengsaraan. Pilihan di tangan anda untuk memilih sahabat.


"Uncle, rokok sebatang," pinta Naim kepada tokey kedai. Berdasarkan ayat disebelah, agak-agak tau tak apa yang salah. Yang pasti bukan Mat Salah. Jika anda menjawab membeli rokok,betul dan tahniah, anda tidak memenangi apa-apa. Rokok adalah antara salah satu jenis dadah jika anda tidak tahu.

            Tapi la, kalau difikirkan balik, bukan semua dadah berbahaya. Ubat pun dadah jugak. Ketum pun dadah, tapi baik untuk kesihatan. Dadah ni baik sebenarnya, cuma ia disalahgunakan oleh beberapa pihak yang lemah pendirian dan tidak bermoral. Tapi, apa sebab disalah guna.

            First thing first, untuk budak sekolah, kekadang mereka tengah stress sebelum jawab periksa da ada la kemungkinan semua kawan-kawan  dia hisap dadah, dia sorang tak hisap. Dia rasa lonely so dia pun join la. Kedua, biasanya manusia suka test benda baru. Sama la jugak dengan orang yang tak  hisap dadah lagi. Depa try-try last kali ketagih dan mula gian. So, jangan suka mencuba benda yang asing bagi kita.

            Ramai yang sangka kalau dadah ni baik dijauhkan daripada budak-budak. Dan saya sokong tindakan tu. Mungkin anda tertanya-tanya, "aik, tadi kata ubat pun dadah, buat apa nak jauhkan dari budak-budak." Kena la jauhkan, silap haribulan nanti, tertelan minyak cap kapak, mampus keluarga tu. Kan susah.


Tak tak. Kita bukan nak bincang pasal jem yang disapu pada roti tu. Tak. Bukan sekarang. Kita nak bincang pasal jem jalan raya. Ala, nak senang kita kata kesesakan lalu lintas.

            So, kesesakan ni selalunya berlaku apabila berlambak kereta berbaris dalam barisan yang panjang ya ampun. Kebiasaannya, di highway atau lebuh raya la yang paling banyak jem. Bila jem berlaku sekarang ni? You see, jem ni berlaku time cuti umum yang panjang, hari perayaan, selepas solat Jumaat ataupun waktu pagi dan tengah hari. Yela, waktu pagi ibu bapa hantar anak pi sekolah, waktu tengah hari mai ambil.

            Dalam berita banyak sebut pasal kemalangan. Ini semua di antara kesan jem. Tapi, bukan salah jem tu, pemandu tu ha. Mana tak nye, dah menjadi lumrah manusia nak sampai dulu. Jadi, main potong line pemandu lain aje la sampai boleh terbang. Terbang tu terbang ke rahmatullah. Lain kali, kalau nak potong tu, tengok keadaan la brader. Lihatlah wajah pemandu kereta yang hendak dipotong tu sambil meminta izin untuk potong line. Kalau dia bagi, nasib la.

            Apa yang kita belajar ialah memotong line orang waktu jem memang bawak masalah. Jadi, nak selamat bersabarlah di dalam kereta sampai selamat ke hala tuju masing-masing. Remember, hidup di dunia hanya sekali. INGAT.


TEKA - TEKI INI MUNGKIN PERNAH DIDENGARI DAN JUGA MUNGKIN TIDAK PERNAH DIDENGARI. SELAMAT MENJAWAB TEKA - TEKI LUCU  INI.
(             ) = SEBAB

1. Dalam banyak - banyak bank, bank apa yang menghabiskan duit.
    JAWAPAN: POWER BANK  ( KENA BELI )

2. MAK CIK Ali ada 4  anak. Anak 1 bernama ISNIN. Anak 2 bernama SELASA. Yang ke-3 bernama RABU. Ke-4 bernama KHAMIS. Apakah nama anak yang ke-5?
    JAWAPAN: MANA ADA (TENGOK SOALAN BETUL - BETUL)

3. Dalam banyak - banyak HERO, hero apa yang pakai baju ketat?
   JAWAPAN: SUPERMAN (DEPAN BAJU BAHAGIAN DADA TU KAN TUNJUK SIZE S)

4. Raya apa yang paling panjang?
   JAWAPAN: JALAN RAYA

5. Bunga apa lagi siram, lagi mati?
   JAWAPAN: BUNGA API

6. Abu ada 5 ekor kucing. Kucing 2 dan 3 hilang. Kucing dua ekor tu pergi mana?
   JAWAPAN: KAT PANTUN ADA (DUA TIGA KUCING BERLARI,
                                                                   KENA TIPU DENGAN SAYA SENDIRI.)

7. Haiwan apa yang paling pendek ejaannya selain IKAN YU.
   JAWAPAN: UDANG (U dan G)



Batuk, selesema, kurap, taun, kancing gigi, tuberkolusis dan konjunktivitis. Apa persamaannya. Jika anda menjawab mereka semua ialah jenis penyakit, anda betul. Tahniah. Penyakit kebanyakannya disebabkan oleh mikroorganisma tidak kiralah di dalam badan, di luar badan dan macam-macam lagilah.

          Jadi, sebelum anda membaca blog ini, saya nak tanya la. Demam malaria tu disebabkan mikroorganisma apa? Kalau tak tahu, demam ni bukanlah disebabkan oleh virus macam demam denggi. Ia disebabkan oleh mikroorganisma yang dinamakan protozoa. Protozoa merupakan mikroorganisma yang hidup di kawasan berair.

          Kalau anda berpenyakit, apa yang akan anda buat? Saya confirm sebahagian daripada anda akan jawab jumpa doktor. Sebenarnya memang kena jumpa doktor pun sebab kita bukan tau nak mencegah dan mengubati penyakit ni macamna kan. Doktor Cuma bagi ubat, tapi ubat tu bukan boleh buat apa pun. Sebabnya, Tuhan yang menyembuhkan kita daripada penyakit (buat la sentap sikit). J

          Cuba pembaca renungkan, apa yang berlaku jika dunia ni penuh penyakit. Terpaksalah kita berpindah ke planet lain. Tu pun kalau boleh. Oleh itu, orang-orang tua telah menyediakan kalimat indah dan bermoral untuk kita menjaga diri. Kalimatnya ialah "Mencegah lebih baik daripada mengubati.


PSST… Like blog ni atau saya akan hack account kamu. Ya. Itulah tajuk kita hari ini dalam HANYA PEMIKIRAN BIASA. SCAM. Scam ni terdiri daripada beberapa kaedah dan cara. Sebagai contoh, ayat pertama di atas.

          Scam ni boleh membuatkan kita rasa terancam. Kita pasti akan melakukan apa yang disuruh untuk menyelamatkan diri kerana takut apa yang dinyatakan kemungkinan benar. BUT, jangan takut kerana mereka tidak boleh buat apa-apa pun.

          Mereka cuma kata tapi tak boleh buat pun (kecuali kalau dia HACKER professional). Ada ke apa yang dikatakan terjadi. Sebagai contoh, Ari melayari Youtube. Dalam Youtube dia tengok tu, youtuber tu kata, kalau awak tak subscribe dalam masa 10 saat, ada labah-labah Tarantula gigit awak sewaktu tidur. Tapi, Ari tak subscribe pun. Waktu malam, jeng…..jeng….jeng, nothing happen.

          Konklusinya, jangan takut discam, mereka tak boleh buat apa pun. Jadi, kalau discam pun, lantaklah. Kita kisah apa.


BUAH VS SAYUR. Ok, so buah  dan sayur ni sesuai la kita makan sebab ada vitamin C. tapi, kalau orang tu 'VEGAN', berkemungkinan dia akan hidup lama.(Apa yang saya mengarut ni, umur ajal semua di tangan Tuhan). BTW, sekarang ni kita bukan nak bincang pasal khasiat buah mahupun sayur. Cuma hendak jelaskan mana satu buah, mana satu sayur.

          Jadi, kita bincang pasal persamaan dula la. Pertama, mereka boleh dimakan (memang le >:) ). Kedua, mereka dikategorikan sebagai tumbuhan. Ketiga, (yang ni berilmu sikit) mereka ada vitamin C yang boleh menjaga kesihatan kita jiga dimakan. Tetapi jangan la pulak makan sampai nak terMUNTAH.

          Dah tau persamaan, apa bezanya, well buah tumbuh daripada bunga pokok (bukan bunga dedap). Sayur ni pulak, boleh tumbuh sama ada daripada daun, akar dan batang. Kebanyakan  buah rasa manis dan ada rasa masam, boleh dibuat jus seperti jus tembikai, oren dan boleh dibuat pencuci mulut. Tetapi, sayur merupakan hidangan sampingan mahupun utama oleh kebanyakan masyarakat.

          Jadi sudah tahu bezanya, kalau paham bagus. Kalau tak paham, hemm, tak sangka ye, kita sama sebab  saya pun tak boleh bezakan sangat. J


UPSR. Kalau kamu tak hadapi UPSR, well kamu bukan Year 6 or above. UPSR ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Dan, part yang yang seronoknya pula ialah, (tak seronok pun, buat-buat seronok jelah ye), ujian ini khusus untuk murid Year 6. YAYYYY.

          Kalau tanya saya la kan, UPSR ni sama je macam peperiksaan darjah 4 dan 5. Cuma mereka ni nak buat budak nervous je. Macam mana caranya, well mereka hantar kertas UPSR ni ke luar negeri. Katanya pemeriksa tu bukan macam pihak sekolah periksa, kalau nak betul, ayat mesti betul la, itulah, inilah dan macam-macam lagilah.

          Sebenarnya, pemeriksa kertas tu bukanlah seperti yang dinyatakan, guru-guru cuma nak budak-budak buat betul- betul la. Kot la, mana tau terjadinya careless mistakes. Sebab tu la guru-guru keraskan supaya jangan apa? Jangan lalai.

          Jadi, apa kesimpulannya? Kesimpulannnya ialah jangan takut nak jawab UPSR. Buat lek dah la. Hilangkan stress dengan nyanyi lagu ka, main badminton ka. Asalkan bukan berunsurkan perkara yang boleh menjebakkan diri dengan stress sebab kalau stress, jawab periksa lagila stress.



Jadi, pernahkah anda merasai pengalaman orang yang tidak dikenali pergi kepada anda lalu bertanya "Hai dik. Abang ada lollipop. Nak tak." Well, kalau pernah, apa yang anda buat. TERIMA atau MELARIKAN DIRI, ataupun memukulnya. Yea.

            Kalau anda tertanya-tanya why mereka buat semua ni, ini kerana mereka fikir yang kanak-kanak lembap atau kata sopannya tak tahu apa-apa. Kalau benda tu kanak-kanak suka, main ambik je apapun yang orang bagi. So, konklusinya, kanak-kanak kena buat pemilihan melalui ibu bapa lah jawabnya.

            Mesti ada ibu bapa di sini yang melarang anaknya mengambil pemberian orang yang tidak dikenali. Tapi, kalau doktor yang beri nasihat, saya tahu apa yang akan dia kata. Hei! Jangan ambil coklat tu budak. Nanti gigi rosak, apa pun tak boleh makan.

            Pengajarannya, kalau ada orang yang beri coklat ke, gula-gula ke, apa-apa jela yang manis. Katakanlah ayat yang tak mengecewakan hati pemberi. Katalah,"Sorrylah bang. Tak boleh ambil, nanti gigi rosak berates-ratus kena guna beli gigi palsu. Dah habis duit, macammana abang nak curi lagi." Haa, ataupun kata,"Tak naklah, aku tengah diet ni, kalau aku ambik, jadi gemuk, sapa nak kat aku."  

THE END  =)
                                                                              SHARING IS CARING

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam,
Jalan Ulu Bertam,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
___________________________________________________
Pengurus,
Kilang Cahaya Batik,
Kampong Pauh Kubor,
15350 Kota Bharu,
KELANTAN.                                                                                     28 OGOS 2019

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kilang
Salam penuh takzim. Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2.        Untuk pengetahuan tuan, Persatuan Bahasa Melayu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang tuan. Lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan murid-murid tentang industri kain  dan proses penghasilan kain batik.

3.        Butiran lawatan adalah seperti yang berikut:
            Tarikh       : 3 September 2019 (Selasa)
            Masa         : 8.30 pagi - 5.30 petang
            Peserta     : 33 orang (30 orang  murid dan 3 orang  guru)

4.        Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada kami dan memberi maklum balas dengan segera. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, diharap pihak tuan dapat menghubungi Puan Mawar, 014-567 3156. Kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang berharap,
            Hazim
(MUHAMMAD HAZIM BIN AHMAD AMRAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam.


Pak Jamal is a hawker. His booth is near his house. The resident of Taman Selamat like to buy food and drinks from him as the price is reasonable. He is also a kind-hearted person.

          One morning, Pak Jamal was opening his booth. He waited patiently for the costumers. After a moment, a woman and her son walked past his booth. Her son wanted some drink. His mother bought him the drink.

          While her son was holding the drink, he accidentally dropped the drink. Pak Jamal felt sympathy for the son, so he gave the son new drink for free. The woman thanked Pak Jamal profusely.      

                                                                                       107 words


            Last Saturday, Zafran and Hariz were walking along a lonely road. They just finished their tuition class. They were walking happily and chatted animatedly. Out of the blue, a man came out of nowhere. He gave them some lollipops.

          Zafran took the lollipop but Hariz did not. While Zafran was eating the lollipop greedily, unexpectedly, the man  pulled Zafran's arm. Zafran struggled to push the man away. He shouted for help.

          Hariz saw the incident. He kicked the man stomach hard. The man screamed in pain. Hariz and Zafran ran away as fast as lightning. After the incident, they promised to themselves not to trust stranger anymore.

                                                                                      96 words





Dear Haddad,

          How are you? I hope you're in pink of health. I would like to tell you about the new place we can go for lunch.  It is Western Corner. It is located near our school. We can have lunch there anytime after school.

 One of the best food set there is Spaghetti Set. This set comes with many spaghetti variants such as carbonara spaghetti, bolognese and many more.My favourite spaghetti is spaghetti alla puttanesca. Don't worry about the price because the price is only RM12.00 which is very reasonable if you ask me. I have to pen down now. Tell me your thought soon. Bye.

                                                                                     Your friend,
                                                                                                                                                                                                       SYED


Catatan Aktiviti Perkhemahan Pengakap

Sabtu, 15 Oktober 2018
8.00 pagi

Persatuan pengakap mengadakan aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan Gua Kelam. Perkhemahan tersebut disertai oleh 40 orang ahli. Kami tiba pada pukul 8.00 pagi. Kemudian, kami meletakkan barang dan memasang khemah berdekatan dengan sebatang sungai yang jernih. Taklimat tentang cara-cara menjaga diri juga turut diberikan oleh Cikgu Zamir.


2.00 petang
Kami solat Zohor berjemaah di kawasan yang lapang. Selepas itu, cikgu membawa kami meredah hutan yang tebal untuk mencari kayu api. Sambil mencari kayu api, cikgu memberitahu kami tentang flora dan fauna yang kami temui. Jalan yang kami lalui juga agak licin. Kami mendengar arahan guru supaya tidak berlaku sebarang kecederaan.


8.00 malam
Pada pukul 8.00 malam, kami menjerang air sungai dengan menggunakan cerek. Sementara menunggu air mendidih, saya  makan bersama rakan-rakan dan guru pendamping. Seterusnya, kami membuat latihan persembahan tradisional. Pelbagai adegan lucu dan seronok dapat kami rasai. Antaranya ialah yang lucu dan seronok. Akhir sekali, kami dikejutkan oleh guru untuk membuat sesi burung hantu. Kami berasa begitu takut ketika sesi itu berlangsung.


Ahad, 16 Oktober 2018
5. 30 pagi
Selepas solat Subuh, kami bersarapan bersama-sama. Kami berlatih kawad kaki dan belajar ikatan serta membuat gajet. Kami menunjukkan gajet yang kami reka kepada juri. Juri kemudian nya menulis markah terhadap rekaan kami.


10.00 pagi
Kami dikehendaki memasak satu makanan dengan bahan yang diberikan. Kami diberi sardine, sayur kubis dan sebiji telur. Kami memasak beberapa sandwich. Kami seterusnya menjamah sandwich yang kami masak itu


12.00 tengah hari
Sesi penyampaian hadiah pun berlangsung. Kumpulan kami memenangi tempat pertama dalam aktivi membuat gajet. Kami berasa sungguh gembira. Sungguh, ini merupakan perkara paling bermakna dalam hidup saya.






BAHASA MELAYU


BAHASA INGGERIS

Terdapat banyak rama - rama dalam pelbagai warna yang cantik dan menarik.Tetapi tahukah kamu bagaimana terjadinya rama - rama yang cantik itu? 








EXPRESSION

 MEANING
ADD UP
EQUAL
BREAK DOWN
STOP WORKING
BREK INTO
GET INTO BY FORCE
CALL OFF
STOP/CANCEL
CHIP IN
 HELP
COME ACROSS
 FIND UNEXPECTEDLY
FALL OUT
 BECOME LOOSE, UNATTACHED
GET THROUGH
 PASS
LOOK AFTER
 CARE FOR
LOOK FOR
 FIND
MAKE UP
 DECIDE
PASS OUT
 FAINT
PUT OFF
POSTPONE
PUT UP WITH
TOLERATE
RUN AFTER
 CHASE
RUN OUT
 HAVE NOTHING LEFT
TURN DOWN
 REFUSE
ASK AROUND
ASK MANY PEOPLE THE SAME QUESTIONS
BENT ON
 DETERMINED

Koleksi Soalan UPSR 2018:

MATEMATIK

SAINS

Tiba-tiba, Jerry berasa sesuatu yang tidak kena. Dia merasakan badannya  bertukar stuktur kepada sesuatu. Dia melihat ke arah belakang. Pemburu itu menghampirinya. Kerana sungguh takut, tanpa berfikir panjang di terjun ke dalam sungai yang deras arusnya. Dia berasa pelik. Walaupun berada di dalam air, dia masih boleh bernafas seperti biasa. Dia melihat ke arah pemburu itu. Hilang daripada pandangannya. Dia mendongak untuk melihat. Kelihatan pemburu itu berlari ketakukan.


               Dia berasa lega. Akan tetapi, leganya tidak lama apabila melihat Crodo, seekor buaya berenang dengan pantas menuju ke arahnya.