Di sebuah kampung, tinggal dua ekor arnab yang bekerja sebagai petani. Seekor arnab bernama Roger, dan seekor lagi bernama Jolly. Mereka berdua tinggal berjiran. Roger sangat rajin bekerja. Setiap hari dia bekerja di kebun sayurnya dengan tekun. Kebun sayurnya amat subur dan penuh dengan pelbagai jenis tanam-tanaman. Ada tomato,kentang, bendi,terung dan lain-lain.
Roger tetap rajin bekerja walaupun ketika cuaca panas. Ia akan memakai topi yang besar bagi mengelakkan cahaya matahari yang terik. Selain rajin bekerja, Roger pandai berjimat-cermat. Sayur-sayuran yang dipetik akan dijual di pekan. Duit hasil jualan itu disimpan. Lama-kelamaan, Roger dapat membina sebuah rumah yang besar . Ia juga dapat membeli sebuah kereta. Ia hidup senang-lenag.
Berlain pula dengan jirannya, Jolly. Jolly juga mempunyai tanah yang luas. Namun ia pemalas. Setiap hari ia hanya tahu makan dan tidur. Lama-kelaman tanahnya dipenuhi semak samun. Apabila tiada makanan untuk dimakan, Jolly akan pergi meminta makanan daripada jiran-jirannya. Ia juga meminjam makanan daripada Roger. Hutangnnya semakin bertambah.
Roger berasa kasihan melihat keadaan Jolly. Suatu hari, Roger pergi menemui Jolly. Ia menasihatkan Jolly supaya mengubah sikapnya. "Daripada engkau tidur, lebih baik engkau usahakan kebun engkau itu. Engkau boleh menngunakan peralatan berkebun yang aku ada. Aku juga sudi menolong engkau," kata Roger.
Jolly berasa malu. Sejak itu ia mula mengubah sikapnya. Ia rajin berkebun.Kini kebunnya dipenuhi pelbagai tanaman. Jolly juga dapat hidup senang seperti Roger.
MORAL: Seseorang yang rajin bekerja akan berjaya dalam hidupnya.
Diambil daripada : Koleksi Cerita Moral, Ladybug Publishing and Distribution.
Olahan A.Ralvinder Singh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)