5 PERKARA ASAS BAGI PEMAIN PERTAHANAN
1.BERSABAR
Seorang pemain pertahanan mesti berani.Dia perlu bersedia menerjah dirinya untuk ' tackle ' dan berebut dengan pemain lawan yang lebih besar dari dirinya.kamu boleh memperbaiki kecekapan membentes dengan berlatih secara satu lawan satu dengan rakan kamu.Walaupun sebagai pemain pertahanan kamu semestinya agresif,tetapi elakkan melakukan ' foul ' . Sekiranya pemain lawan mempunyai bola,dia akan cuba membawa bola jauh dari kamu.Oleh itu,semasa dia melakukan gerakan itulah waktu anda patut bertindak pada masa yang tepat.
2. IKUT PERGERAKAN PEMAIN LAWAN (MARKING)
'Man To Man Marking' semakin pupus kerana banyak pasukan lebih gemar menggunakan 'Zonal Marking' (marking mengikut kawasan dan bukan ikut orang) . Walaupun prinsip 'zonal marking' membenarkan kamu tidak perlu mengikut pemain lawan apabila dia bergerak , kamu tetap perlu malakukan 'man-marking' sekiranya bola dihantar pemain yang berada dalam zon kamu. Jadi, kamu masih perlu tahu cara-cara menyempitkan ruang dan menghampiri pemain lawan secepat mungkin. Pergerakan sangat penting terutamanya jika bertahan menentang pemain lawan lebih tinggi. Kamu perlu bergerak lebih cepat darinya untuk menghalang hantaran lintang dari sampai kepadanya.
3. BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN
Kepantasan pergerakan kamu bergantung pada cara kamu bergerak kadangkala ke hadapan, mungkin ke tepi atau ke belakang. Untuk mendapatkan kelebihan dalam situasi satu-lawan-satu kamu perlu menukar arah dengan cepat, bukan sahaja sebagai individu tetapi seluruh pasukan perlu boleh berubah arah dengan pantas. Berlatih dengan teknik satu-lawan-satu ,kemudian dua-lawan-dua , empat-lawan-enam dan empat-lawan-lapan (empat = pertahan, lapan=penyerang). Latihan sebegini mengajar kamu cara untuk mengekang permainan lawan yang akhirnya memaksa mereka melakukan hantaran jauh.
4. BERSEDIA UNTUK YANG TERBURUK
Tumpuan dan keyakinan diri juga penting sebagai pemain pertahan .Permainan akan menjadi lebih mudah bagi kamu sekiranya kamu sentiasa mengawasi pergerakan pemain - pemain lawan di setiap kawasan.Melalui latihan yang betul , kamu akan membuat keputusan yang tepat dan sama ada untuk bertindak dengan agresif merampas bola atau menunggu dengan tenang waktu yang sesuai untuk bertindak.Semasa latihan,situasi - situasi dalam permainan perlu diulang - ulang untuk memberikan kamu keyakinan dan kecekapan bagi mengatasi pemain lawan dalam situasi permainan sebenar.Oleh itu, biasakan berlatih dengan situasi terburuk yang mungkin menghadapi oleh seorang pemain pertahanan.
5. MENYERANG DARI BELAKANG
Kamu bukan sahaja perlu cekap melakukan asakan dan bentesen,tetapi kamu juga perlu berupaya menyimpan bola dan melakukan hantaran - hantaran tepat kerana rakan sepasukan kerana rakan sepasukan perlu melakukan serangan.Dengan bermula dari belakang,kamu berupaya membawa bola kehadapan dan melakukan hantaran pendek kepada pemain tengah atau hantaran panjang terus kepada penyerang.Sekiranya bola terlepas kepada pihak lawan,kamu sepatutnya naik dan merapatkan ruang secepat mungkin.Jangan berundur apabila kehilangan bola kerana tindakan ini akan membantu pihak lawan menekan pasukan kamu.

SEMOGA
BERJAYA
sumber:BOLA KAMPUNG
isu 24-Mei 2013
Diterbit oleh: Publicasia