CERPEN PASH PASH
Tiba - tiba saya terdengar bunyi kucing. Saya melihat melalui cermin. Rupa - rupanya tayar kereta ibu saya telah terlanggar pada pinggang Pash Pash. Pash Pash ialah nama kucingku. Saya sedih apabila Pash Pash dilanggar. Saya memberitahu ibu saya yang tayar keretanya telah terlanggar pinggang Pash Pash. Ibu saya terkejut apabila mengetahui hal itu.
Saya keluar daripada kereta dan membawa Pash Pash ke dalam rumah. Ayah saya menyapu minyak angin kepada pinggangnya.Kemudian, ayah saya memberi Pash Pash makan tetapi dia tidak mahu makan. Ayahku membuka pintu. Pash Pash pun keluar.
Pada petang itu, ibu dan kakak saya mencari Pash Pash. Malangnya tidak jumpa. boleh juga dikatakan sudah satu taman mencarinya.
SAJAK PASH PASH
sungguh menyedihkan bagiku
kucingku telah dilanggar
aku berasa kasihan
tetapi tidak tahu apa yang patut dilakukan
aku membawanya masuk ke dalam rumah
ayahku menyapu minyak angin
kemudian memberinya makan
tetapi dia tidak makan
ayahku membuka pintu
rupa - rupanya dia mahu keluar
pada petang itu
ibu dan kakakku mencarinya
tetapi tidak jumpa
aku sungguh hairan
boleh dikatakan sudah satu taman mencarinya
sangat menghairankan
PANTUN PASH PASH
pergi ke laut dimakan jerung,
ada buaya sedang makan,
Pash Pashlah kucing yang ku sayang,
tidak boleh ku lupakan.
pergi ke kedai membeli arang,
saya takut pada tuhan,
Pash Pash sudah pun hilang,
saya meratap kesedihan.
April 23, 2016 at 7:33 AM
Janganlah terlalu sedih, setiap yg hidup pasti akan mati.. berdoalah moga dapat bertemu pash pash di syurga..