twitter
rss


TEKA - TEKI INI MUNGKIN PERNAH DIDENGARI DAN JUGA MUNGKIN TIDAK PERNAH DIDENGARI. SELAMAT MENJAWAB TEKA - TEKI LUCU  INI.
(             ) = SEBAB

1. Dalam banyak - banyak bank, bank apa yang menghabiskan duit.
    JAWAPAN: POWER BANK  ( KENA BELI )

2. MAK CIK Ali ada 4  anak. Anak 1 bernama ISNIN. Anak 2 bernama SELASA. Yang ke-3 bernama RABU. Ke-4 bernama KHAMIS. Apakah nama anak yang ke-5?
    JAWAPAN: MANA ADA (TENGOK SOALAN BETUL - BETUL)

3. Dalam banyak - banyak HERO, hero apa yang pakai baju ketat?
   JAWAPAN: SUPERMAN (DEPAN BAJU BAHAGIAN DADA TU KAN TUNJUK SIZE S)

4. Raya apa yang paling panjang?
   JAWAPAN: JALAN RAYA

5. Bunga apa lagi siram, lagi mati?
   JAWAPAN: BUNGA API

6. Abu ada 5 ekor kucing. Kucing 2 dan 3 hilang. Kucing dua ekor tu pergi mana?
   JAWAPAN: KAT PANTUN ADA (DUA TIGA KUCING BERLARI,
                                                                   KENA TIPU DENGAN SAYA SENDIRI.)

7. Haiwan apa yang paling pendek ejaannya selain IKAN YU.
   JAWAPAN: UDANG (U dan G)



Batuk, selesema, kurap, taun, kancing gigi, tuberkolusis dan konjunktivitis. Apa persamaannya. Jika anda menjawab mereka semua ialah jenis penyakit, anda betul. Tahniah. Penyakit kebanyakannya disebabkan oleh mikroorganisma tidak kiralah di dalam badan, di luar badan dan macam-macam lagilah.

          Jadi, sebelum anda membaca blog ini, saya nak tanya la. Demam malaria tu disebabkan mikroorganisma apa? Kalau tak tahu, demam ni bukanlah disebabkan oleh virus macam demam denggi. Ia disebabkan oleh mikroorganisma yang dinamakan protozoa. Protozoa merupakan mikroorganisma yang hidup di kawasan berair.

          Kalau anda berpenyakit, apa yang akan anda buat? Saya confirm sebahagian daripada anda akan jawab jumpa doktor. Sebenarnya memang kena jumpa doktor pun sebab kita bukan tau nak mencegah dan mengubati penyakit ni macamna kan. Doktor Cuma bagi ubat, tapi ubat tu bukan boleh buat apa pun. Sebabnya, Tuhan yang menyembuhkan kita daripada penyakit (buat la sentap sikit). J

          Cuba pembaca renungkan, apa yang berlaku jika dunia ni penuh penyakit. Terpaksalah kita berpindah ke planet lain. Tu pun kalau boleh. Oleh itu, orang-orang tua telah menyediakan kalimat indah dan bermoral untuk kita menjaga diri. Kalimatnya ialah "Mencegah lebih baik daripada mengubati.


PSST… Like blog ni atau saya akan hack account kamu. Ya. Itulah tajuk kita hari ini dalam HANYA PEMIKIRAN BIASA. SCAM. Scam ni terdiri daripada beberapa kaedah dan cara. Sebagai contoh, ayat pertama di atas.

          Scam ni boleh membuatkan kita rasa terancam. Kita pasti akan melakukan apa yang disuruh untuk menyelamatkan diri kerana takut apa yang dinyatakan kemungkinan benar. BUT, jangan takut kerana mereka tidak boleh buat apa-apa pun.

          Mereka cuma kata tapi tak boleh buat pun (kecuali kalau dia HACKER professional). Ada ke apa yang dikatakan terjadi. Sebagai contoh, Ari melayari Youtube. Dalam Youtube dia tengok tu, youtuber tu kata, kalau awak tak subscribe dalam masa 10 saat, ada labah-labah Tarantula gigit awak sewaktu tidur. Tapi, Ari tak subscribe pun. Waktu malam, jeng…..jeng….jeng, nothing happen.

          Konklusinya, jangan takut discam, mereka tak boleh buat apa pun. Jadi, kalau discam pun, lantaklah. Kita kisah apa.


BUAH VS SAYUR. Ok, so buah  dan sayur ni sesuai la kita makan sebab ada vitamin C. tapi, kalau orang tu 'VEGAN', berkemungkinan dia akan hidup lama.(Apa yang saya mengarut ni, umur ajal semua di tangan Tuhan). BTW, sekarang ni kita bukan nak bincang pasal khasiat buah mahupun sayur. Cuma hendak jelaskan mana satu buah, mana satu sayur.

          Jadi, kita bincang pasal persamaan dula la. Pertama, mereka boleh dimakan (memang le >:) ). Kedua, mereka dikategorikan sebagai tumbuhan. Ketiga, (yang ni berilmu sikit) mereka ada vitamin C yang boleh menjaga kesihatan kita jiga dimakan. Tetapi jangan la pulak makan sampai nak terMUNTAH.

          Dah tau persamaan, apa bezanya, well buah tumbuh daripada bunga pokok (bukan bunga dedap). Sayur ni pulak, boleh tumbuh sama ada daripada daun, akar dan batang. Kebanyakan  buah rasa manis dan ada rasa masam, boleh dibuat jus seperti jus tembikai, oren dan boleh dibuat pencuci mulut. Tetapi, sayur merupakan hidangan sampingan mahupun utama oleh kebanyakan masyarakat.

          Jadi sudah tahu bezanya, kalau paham bagus. Kalau tak paham, hemm, tak sangka ye, kita sama sebab  saya pun tak boleh bezakan sangat. J


UPSR. Kalau kamu tak hadapi UPSR, well kamu bukan Year 6 or above. UPSR ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Dan, part yang yang seronoknya pula ialah, (tak seronok pun, buat-buat seronok jelah ye), ujian ini khusus untuk murid Year 6. YAYYYY.

          Kalau tanya saya la kan, UPSR ni sama je macam peperiksaan darjah 4 dan 5. Cuma mereka ni nak buat budak nervous je. Macam mana caranya, well mereka hantar kertas UPSR ni ke luar negeri. Katanya pemeriksa tu bukan macam pihak sekolah periksa, kalau nak betul, ayat mesti betul la, itulah, inilah dan macam-macam lagilah.

          Sebenarnya, pemeriksa kertas tu bukanlah seperti yang dinyatakan, guru-guru cuma nak budak-budak buat betul- betul la. Kot la, mana tau terjadinya careless mistakes. Sebab tu la guru-guru keraskan supaya jangan apa? Jangan lalai.

          Jadi, apa kesimpulannya? Kesimpulannnya ialah jangan takut nak jawab UPSR. Buat lek dah la. Hilangkan stress dengan nyanyi lagu ka, main badminton ka. Asalkan bukan berunsurkan perkara yang boleh menjebakkan diri dengan stress sebab kalau stress, jawab periksa lagila stress.



Jadi, pernahkah anda merasai pengalaman orang yang tidak dikenali pergi kepada anda lalu bertanya "Hai dik. Abang ada lollipop. Nak tak." Well, kalau pernah, apa yang anda buat. TERIMA atau MELARIKAN DIRI, ataupun memukulnya. Yea.

            Kalau anda tertanya-tanya why mereka buat semua ni, ini kerana mereka fikir yang kanak-kanak lembap atau kata sopannya tak tahu apa-apa. Kalau benda tu kanak-kanak suka, main ambik je apapun yang orang bagi. So, konklusinya, kanak-kanak kena buat pemilihan melalui ibu bapa lah jawabnya.

            Mesti ada ibu bapa di sini yang melarang anaknya mengambil pemberian orang yang tidak dikenali. Tapi, kalau doktor yang beri nasihat, saya tahu apa yang akan dia kata. Hei! Jangan ambil coklat tu budak. Nanti gigi rosak, apa pun tak boleh makan.

            Pengajarannya, kalau ada orang yang beri coklat ke, gula-gula ke, apa-apa jela yang manis. Katakanlah ayat yang tak mengecewakan hati pemberi. Katalah,"Sorrylah bang. Tak boleh ambil, nanti gigi rosak berates-ratus kena guna beli gigi palsu. Dah habis duit, macammana abang nak curi lagi." Haa, ataupun kata,"Tak naklah, aku tengah diet ni, kalau aku ambik, jadi gemuk, sapa nak kat aku."  

THE END  =)
                                                                              SHARING IS CARING

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam,
Jalan Ulu Bertam,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
___________________________________________________
Pengurus,
Kilang Cahaya Batik,
Kampong Pauh Kubor,
15350 Kota Bharu,
KELANTAN.                                                                                     28 OGOS 2019

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kilang
Salam penuh takzim. Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2.        Untuk pengetahuan tuan, Persatuan Bahasa Melayu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang tuan. Lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan murid-murid tentang industri kain  dan proses penghasilan kain batik.

3.        Butiran lawatan adalah seperti yang berikut:
            Tarikh       : 3 September 2019 (Selasa)
            Masa         : 8.30 pagi - 5.30 petang
            Peserta     : 33 orang (30 orang  murid dan 3 orang  guru)

4.        Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada kami dan memberi maklum balas dengan segera. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, diharap pihak tuan dapat menghubungi Puan Mawar, 014-567 3156. Kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang berharap,
            Hazim
(MUHAMMAD HAZIM BIN AHMAD AMRAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ulu Bertam.