twitter
rss

    “Aduh, apa kena dengan diri aku ni” monolog Jerry kebingungan.
Tiba-tiba datang harimau yang memakan garuda tua itu. Sisa darah garuda itu masih ada dimulutnya. Harimau itu mendekati Jerry lalu berkata
“Ke mana lagi kamu ingin lari ya Jerry”
“Dari mana kau tahu nama aku” tanya Jerry ketakutan.
“Aku sebenarnya bukan harimau tetapi aku sebenarnya sahabat kepada garuda itu. Dia menjampi aku menjadi harimau. Sekarang aku akan membalas dendam” kata harimau panjang lebar.
  “Tetapi kenapa kamu ingin mengejar aku” tanya Jerry.
    “Aku ingin semua barang yang garuda beri pada engkau itu dihapus bersama kamu sekali”
   Jerry sungguh takut. Kalaulah dia menjadi ikan, sudah tentu aku boleh berenang melepasi anak sungai itu. Tiba-tiba tiga pemburu datang lalu melepaskan anak panahnya tepat mengenai badan harimau itu. Ketika pemburu itu menghampiri Jerry, dia menjerit

   “Aku ingin menjadi ikan”

Pada suatu hari, seekor kancil yang bernama Jerry sedang bermain di sebuah taman dengan riang. Tiba-tiba, seekor rama-rama terbang melintasi  Jerry. Jerry pun terus mengejar rama-rama itu sampai ke sebuah pondok lama. Tiba-tiba, seekor garuda tua keluar dari pondok itu lalu menuju kearah Jerry. Jerry ketakutan.
”Apa yang engkau mahu daripada aku” tanya  Jerry teresak-esak.
“aku mahu mewariskan kuasa aku ini untuk seseorang. Dan aku sudah tahu untuk siapa harus aku wariskan. Kamulah yang akan mewariskan kuasa aku ini Jerry” kata garuda tua itu.
               Tiba-tiba seekor harimau  muncul lalu menerkam  Jerry. Namun berjaya dihalang oleh garuda tua itu. Percikan darah Sang Garuda mengenai wajah Jerry.
“Cepat ambil rantai ni,” kata Sang Garuda  tua. Jerry pun lantas menarik rantai itu sebelum harimau itu menggigit bahu Garuda tua. Jerry pun berlari tanpa memandang ke belakang kerana tidak sanggup untuk melihat adegan yang sedang berlaku.

*_*


                Jerry berlari hingga sampai ke tebing anak sungai lalu melihat wajahnya yang berlumuran darah garuda tua itu. 

Aduh

 "Tolong, tolong. Tolong selamatkan kami" pekikan sekumpulan arnab memecahkan keheningan pagi. Beberapa orang pemburu mencari-cari mangsanya. Beberapa ekor arnab sudah ditangkap manakala beberapa lagi cuba meloloskan diri dengan melarikan diri jauh dari kediaman mereka. Seekor arnab berlari tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya lalu terhantuk pada sesuatu lalu terjatuh.  Arnab itu bingkas bangun lalu melarikan diri semula. Tiba-tiba tangannya dipaut oleh makhluk yang dilanggarnya.  "Kenapa ni?," tanya makhluk itu. "Kampung kami diserang,” kata sang arnab. “Bawa aku ke situ”


Jenis rokok :
1.rokok daun
2.rokok tembakau
3.vape
4.rokok cerut

Kandungan dalam Rokok :
1. 20mg tar
2. 1.5mg nikotina

Negatifnya rokok :
1. lemah jantung
2. batuk
3. katarak mata
4. kulit bersisik
5. gigi kuning
6. daya ingatan lemah
7.  kanser peparu
8. kerosakan buah pinggang
 9. Maut

Bagaimana kita boleh ketagih rokok:
1. pengaruh rakan sebaya
2. kurang komunikasi antara ahli keluarga
3. cetek pengetahuan tentang kesan merokok

Langkah mengatasi gejala merokok dalam kalangan golongan belia:
1. berjumpa guru kaunseling
2.  melaporkan pada pihak yang bertanggungjawab
3. menasihati rakan yang mempengaruhi

KUCING


1. Kucing ada 30 hingga 40 otot.


2.Apabila kita mengusap kucing, ia dapat menghilangkan tekanan dan stres.

3.Terdapat pelbagai jenis kucing di dunia ini.

4.Terdapat lebih 500 juta kucing yang dipelihara di seluruh dunia.

5.Walaupun terjatuh dari tempat yang tinggi, kucing tidak akan mati.

6.Dalam satu masa, seekor kucing betina boleh melahirkan 1 hingga 9 anak.

7.Kucing menggunakan sel - sel dalam otak untuk dijadikan kompas.

8.Seorang wanita diseksa oleh Allah kerana menzalimi seekor kucing.

9.Sepasang kucing dan anak - anak mereka boleh melahirkanjumlah anak kucing sekitar420,000
dalam tempoh 7 tahun.

10.Harga kucing yang paling mahal ialah 154,000 dollar.

11.Kucing ialah haiwan yang comel dan mencuit hati.

12.Kucing akan menyayangi tuannya tanpa syarat.

cerita rekaan sendiri (part 10)



   Pada pagi yang cerah, sekumpulan landak sedang berbincang. "Ramai rakan kita yang telah dibaham harimau, kita perlu buat sesuatu. Kata ketua landak. "Kita perlu sejenis alat untuk melindungi tubuh kita daripada dibaham harimau". Kata salah seekor landak yang bernama Jerry. "Betul kata Jerry" kata Jake kawan Jerry. Setelah berbincang, ketua landak mengarahkan semua landak pulang ke rumah supaya dapat memikirkan alat untuk mempertahankan diri.

    Dalam perjalanan pulang, beberapa duri yang tajam terjatuh ke atas badan Jerry. Jake berkata " Nampaknya duri itu tersekat pada badan kamu. Tiba - tiba harimau muncul dan ingin menerkam Jerry. Jerry berpusing ke belakang untuk lari tetapi apabila harimau semakin hampir, harimau terkena duri tajam pada belakang badan Jerry. Harimau itu berlari dalam keadaan berdarah. "Nampak seperti duri tajam ini boleh dijadikan alat untuk melindungi tubuh badan kita daripada dibaham haiwan yang ganas."kata Jake.

Keesokan harinya, Jerry dan Jake berjumpa dengan ketua landak. Jake menceritakan perkara yang berlaku semalam. Ketua landak memanggil semua landak untuk berkumpul. " Duri tajam ini boleh dijadikan alat untuk melindungi tubuh kita.Jadi kita semua perlu meletakkan duri dibelakang badan kita supaya kita semua akan selamat daripada dibaham haiwan yang ganas. Setelah meletakkan duri di belakang badan mereka, ramai haiwan ganas tidak mengganggu landak lagi.


                                                                         TAMAT


cerita rekaan sendiri (part 9)


    Pada zaman dahulu, tinggal 2 sahabat iaitu seekor tikus bernama Bobi dan seekor kucing bernama Tom. Mereka selalu mencari makanan bersama - sama. Pada suatu hari, Bobi ternampak seekor anak burung terjatuh dari sarangnya. Bobi ingin membelanya tetapi merahsiakannya kerana jika Tom ternampak anak burung itu sudah tentu dia akan memakannya.

    Pada keesokan harinya,Tom terdengar suara anak burung di bilik Bobi. Jadi, dia mengintai melalui pintu. Tom ternampak Bobi sedang memberi makan kepada anak burung itu. Tom berasa marah lalu terus memasuki bilik Bobi. "Kenapa kamu tidak memberikan anak burung itu kepada aku" tanya Tom dengan marah. "Oh, aku mahu dia makan supaya dia menjadi lebih gemuk. Jadi, tentu banyak isi yang kamu dapat" jawab Bobi dalam ketakutan." Kalau begitu esok aku mahu makan burung itu." kata Tom.

    Bobi akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan anak burung itu. Dia meletakkan anak burung itu dalam sarangnya. Keesokan harinya, Tom bertanya kepada Bobi "Di mana anak burung itu. Aku telah lepaskannya." jawab Bobi berterus - terang. Tom berasa amat marah lalu terus memakan Bobi.


(last part 10)coming soon

cerita rekaan sendiri (part 8)


    Pada suatu pagi,  terdapat seekor lebah yang malas bernama Tom. Tom malas untuk keluar mencari makanan seperti lebah yang lain. Pada suatu hari, ibu Tom menyuruhnya keluar mencari makanan. Ibu Tom berleter panjang sehingga Tom pun keluar mencari makanan.


    Sewaktu keluar mencari makanan, Tom ternampak seekor tebuan yang bernama Herry membawa sesuatu. Jadi, Tom pun bertanya "Hai Herry, kamu bawa apa."tanya Tom yang tidak pernah melihat madu. Lebah yang lain juga tidak pernah melihat madu. "Saya sedang bawa madu, kamu mahu rasa." tanya Herry lalu memberi sedikit madu. Selepas merasa madu itu, dia pun bertanya "Dari mana kamu mendapat madu ini. Sedap sungguh madu. Lalu Herry pun menunjukkan tempat dia mendapat madu. Dia pun mengumpul madu di tempat itu.


    Selepas mengumpul madu, Tom segera pulang dan membawa madu ke sarangnya. Tom memberi madu untuk ibunya dan turut mengagihkan madu itu kepada lebah yang lain. Keesokan harinya, Tom mengajak lebah yang lain untuk pergi mencari madu kerana semua lebah meminta Tom menunjukkan tempat untuk mengumpul madu. Bermula dari situlah, Semua lebah menghimpun mula madu.


(Part 9)coming soon

cerita rekaan sendiri (part 7)


    Pada suatu pagi yang cerah, seekor tikus keluar mencari makanan untuk keluarganya. Semasa tikus melalui sarang gajah, seekor gajah bertanya"Kamu hendak ke mana tikus."."Saya ingin mencari makanan."jawab tikus. "Oh, saya ada beberapa keju, kamu ambil sedikit."kata gajah. Selepas mengambil sedikit keju,tikus terus membawa keju itu ke sarangnya. Dia memberi keju itu kepada keluarga dan jirannya.


    Keesokan paginya, tiga ekor tikus keluar dari sarang untuk mencari makanan untuk keluarga mereka. Seekor tikus berkata"Mari kita berjumpa dengan gajah, mungkin dia boleh membantu kita.". Tikus - tikus itu setuju lalu pergi ke sarang gajah lalu meminta beberapa keju. Gajah itu memberi semua kejunya kepada tikus. Tikus - tikus itu mengucapkan terima kasih kepada gajah.


    Gajah - gajah yang lain memarahi gajah yang memberi keju kepada tikus kerana mereka tahu tikus - tikus itu akan meminta keju setiap hari.Gajah - gajah mula takut kerana jika mereka tidak memberi lagi keju, tikus akan membuat bunyi bising ditelinga mereka atau akan menggigit telinga mereka. Jadi, mereka membuat keputusan untuk lari apabila terjumpa tikus.


 (Part 8) coming soon

  cerita rekaan sendiri (part 6)

   Pada suatu hari, seekor raja ayam berjumpa dengan burung helang. Dia berkata"Hai helang, mari ikut aku cari makanan.". "Baiklah, mari aku sedang lapar ni." jawab burung helang. Ayam berjalan kaki manakala helang pula terbang tinggi di langit.

   Selepas lama berjalan, mereka masih tidak dapat mencari makanan. Helang berasa sangat lapar lalu terus memakan raja ayam. Selesai menikmati daging ayam itu, helang pun terfikir " Daging ayam sedap juga ya. Kan bagus kalau aku makan semua ayam direban Tuk Abu. Lagipun dia tu sudah tua."

   Jadi, helang pun terus pergi ke reban ayam kepunyaan tuk Abu. Helang pun berkata "Hai ayam - ayam semua, raja kamu telah aku bunuh. Sekarang giliran kamu pula". Seekor ayam mendapat idea bagi mengelakkan mereka dimakan. Dia pun berkata" Oh helang, saya mendapat idea. Bagaimana kalau kami mencari makanan untuk kamu". Helang setuju dengan cadangan ayam itu tetapi kalau ayam di situ gagal mencari makanan untuknya, dia akan memakan ayam satu persatu.

    Bermula dari situlah ayam - ayam itu mengais tanah untuk memberi cacing kepada helang bagi mengelak dimakan oleh burung helang. Mereka berkerja bersungguh - sungguh bagi mengumpulkan cacing untuk helang. Tetapi usaha mereka sia - sia kerana helang tetap memakan ayam.


(part 7) coming soon


Sumber daripada youtube : https://www.youtube.com/watch?v=5ayq7zPDPp8


                                                                               
Padi - Sahabat Selamanya (Lagu Tema Upin & Ipin)

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selama-lamanya... setia
                                                     


    Amsyar, Hafiy fikri, Luqman, Mujahid, Musyrif, Darwisy, Qayyum dan ramai lagi ialah kawan saya. Mereka ialah kawan terbaik saya. Mereka banyak membantu saya. Sayang mereka kerana mereka kawan yang baik. Mereka juga sayang saya. Kerana itu kami berkawan rapat sejak darjah satu lagi. Jasa mereka tak akan saya lupakan. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih dan maaf jika terbuat silap.

    Guru saya pula bernama T.cher Suhila, Che Norehan,Abidah, Liyana dan ramai lagi. Saya sayang guru-guru  saya. Mereka guru yang terbaik. Saya suka berteka - teki dengan T.cher Suhila. Guru - guru saya sungguh baik. Jasa mereka mengajar saya dan kawan - kawan tak dapat saya lupakan. Jadi, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih dan maaf jika terbuat salah kepada kepada cikgu semua.  
☺☺☺















                                         

   cerita rekaan sendiri (part 5)

 
    Pada suatu hari, seekor kura - kura sedang merangkak ke arah kancil. Dia ingin bertanya masalah yang dia hadapi. "Wahai Sang Kancil, aku mahu berlari pantas, ajarlah aku." kata kura - kura. "Boleh, tapi dengan syarat jangan pergi ke kampung itu." kata kancil. Kancil tahu di kampung itu ada empat kanak - kanak yang jahat.

     Keesokan harinya, kura - kura belajar berlari dengan sang kancil sehingga kakinya boleh berlari dengan pantas. Kura - kura berasa sangat gembira kerana tidak sia - sia dia menghabiskan masa 3 minggu untuk belajar berlari pantas. "Terima kasih kancil kerana mengajar saya berlari pantas." kata kura - kura lalu terus berlari dari situ.

      Kura - kura berlari ke kampung untuk menunjukkan betapa pantasnya dia berlari. Dia tidak perasan yang di dalam satu semak terdapat empat budak yang jahat. Empat budak itu membawa lastik untuk melastik haiwan. Jadi apabila kura - kura datang mereka bercadang melastik kaki kura - kura itu. Setiap seorang melastik satu kaki kura - kura itu. Kura - kura itu pun sakit kaki lalu merangkak perlahan. Jika dia bergerak dengan laju kakinya akan sakit.


(part 6) coming soon