Pada suatu hari, seekor kancil yang bernama Jerry sedang
bermain di sebuah taman dengan riang. Tiba-tiba, seekor rama-rama terbang melintasi
Jerry. Jerry pun terus mengejar
rama-rama itu sampai ke sebuah pondok lama. Tiba-tiba, seekor garuda tua keluar
dari pondok itu lalu menuju kearah Jerry. Jerry ketakutan.
”Apa yang engkau mahu daripada aku” tanya Jerry teresak-esak.
“aku mahu mewariskan kuasa aku ini untuk seseorang. Dan aku
sudah tahu untuk siapa harus aku wariskan. Kamulah yang akan mewariskan kuasa
aku ini Jerry” kata garuda tua itu.
Tiba-tiba seekor harimau muncul lalu menerkam Jerry. Namun berjaya dihalang oleh garuda tua
itu. Percikan darah Sang Garuda mengenai wajah Jerry.
“Cepat ambil rantai ni,” kata Sang Garuda tua. Jerry pun lantas menarik rantai itu
sebelum harimau itu menggigit bahu Garuda tua. Jerry pun berlari tanpa
memandang ke belakang kerana tidak sanggup untuk melihat adegan yang sedang
berlaku.
*_*
Jerry
berlari hingga sampai ke tebing anak sungai lalu melihat wajahnya yang berlumuran darah garuda tua itu.
Aduh
Aduh