cerita rekaan sendiri (part 9)
Pada zaman dahulu, tinggal 2 sahabat iaitu seekor tikus bernama Bobi dan seekor kucing bernama Tom. Mereka selalu mencari makanan bersama - sama. Pada suatu hari, Bobi ternampak seekor anak burung terjatuh dari sarangnya. Bobi ingin membelanya tetapi merahsiakannya kerana jika Tom ternampak anak burung itu sudah tentu dia akan memakannya.
Pada keesokan harinya,Tom terdengar suara anak burung di bilik Bobi. Jadi, dia mengintai melalui pintu. Tom ternampak Bobi sedang memberi makan kepada anak burung itu. Tom berasa marah lalu terus memasuki bilik Bobi. "Kenapa kamu tidak memberikan anak burung itu kepada aku" tanya Tom dengan marah. "Oh, aku mahu dia makan supaya dia menjadi lebih gemuk. Jadi, tentu banyak isi yang kamu dapat" jawab Bobi dalam ketakutan." Kalau begitu esok aku mahu makan burung itu." kata Tom.
Bobi akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan anak burung itu. Dia meletakkan anak burung itu dalam sarangnya. Keesokan harinya, Tom bertanya kepada Bobi "Di mana anak burung itu. Aku telah lepaskannya." jawab Bobi berterus - terang. Tom berasa amat marah lalu terus memakan Bobi.
(last part 10)coming soon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)