twitter
rss

Pada suatu hari, seekor kancil yang bernama Jerry sedang bermain di sebuah taman dengan riang. Tiba-tiba, seekor rama-rama terbang melintasi  Jerry. Jerry pun terus mengejar rama-rama itu sampai ke sebuah pondok lama. Tiba-tiba, seekor garuda tua keluar dari pondok itu lalu menuju kearah Jerry. Jerry ketakutan.
”Apa yang engkau mahu daripada aku” tanya  Jerry teresak-esak.
“aku mahu mewariskan kuasa aku ini untuk seseorang. Dan aku sudah tahu untuk siapa harus aku wariskan. Kamulah yang akan mewariskan kuasa aku ini Jerry” kata garuda tua itu.
               Tiba-tiba seekor harimau  muncul lalu menerkam  Jerry. Namun berjaya dihalang oleh garuda tua itu. Percikan darah Sang Garuda mengenai wajah Jerry.
“Cepat ambil rantai ni,” kata Sang Garuda  tua. Jerry pun lantas menarik rantai itu sebelum harimau itu menggigit bahu Garuda tua. Jerry pun berlari tanpa memandang ke belakang kerana tidak sanggup untuk melihat adegan yang sedang berlaku.

*_*


                Jerry berlari hingga sampai ke tebing anak sungai lalu melihat wajahnya yang berlumuran darah garuda tua itu. 

Aduh

 "Tolong, tolong. Tolong selamatkan kami" pekikan sekumpulan arnab memecahkan keheningan pagi. Beberapa orang pemburu mencari-cari mangsanya. Beberapa ekor arnab sudah ditangkap manakala beberapa lagi cuba meloloskan diri dengan melarikan diri jauh dari kediaman mereka. Seekor arnab berlari tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya lalu terhantuk pada sesuatu lalu terjatuh.  Arnab itu bingkas bangun lalu melarikan diri semula. Tiba-tiba tangannya dipaut oleh makhluk yang dilanggarnya.  "Kenapa ni?," tanya makhluk itu. "Kampung kami diserang,” kata sang arnab. “Bawa aku ke situ”