twitter
rss

  cerita rekaan sendiri(part 4)

    Pada zaman dahulu, terdapat seekor beruang mempunyai ekor yang panjangnya 125 cm. Dia suka memancing dengan menggunakan ekornya. Pada keesokan harinya, beruang pergi memancing ikan ditepi sungai seperti biasa. Semasa memancing, seekor buaya tidak suka akan ekor beruang yang panjang. Ini disebabkan dia pernah termakan bulu beruang yang keluar dari ekornya. Jadi dia terus menggigit ekor beruang sehingga menjadi 85 cm. Beruang terkejut lalu terus meninggalkan sungai itu.

    Setelah meninggalkan sungai itu, beruang melihat ekornya yang sudah pendek. Kerana leka melihat ekornya  sambil berjalan, dia secara tidak sengaja memijak ekor ular. Ular berasa marah lalu ingin menggigit ekor beruang kerana dia merasakan itu ialah balasan yang setimpal.

    Beruang berasa sangat sedih lalu pulang kerumahnya. Semasa dalam perjalanan pulang dari rumah, ekor beruang tersekat pada pokok yang runtuh. Beruang berusaha mengeluarkan ekornya sehingga ekornya terputus sehing menjadi pendek seperti sekarang.



  (part 5) coming soon

cerita rekaan sendiri( part 3)


  Pada suatu pagi, terdapat seekor merak yang suka mengecat bulunya sehingga berwarna - warni. Merak selalu terbang untuk mencari warna. Dia mendapat warna dengan mencuri warna orang lain sehingga menjadi P.Ramlee. Merak akan mengecat sehari satu warna.

  Pada malam itu, seorang raja bermimpi melihat seekor merak yang selalu mencari warna. Raja ingin membela merak itu lalu cuba menangkapnya. Tiba - tiba merak itu berkata "Jika tuanku ingin membela saya, sediakan pelbagai warna supaya saya jadi cantik". Keesokan harinya, raja menyuruh pengawal menangkap seekor merak. Ramai rakyat yang setuju kerana merak sering mencuri warna mereka.

  Pada petang itu, lima orang pengawal membawa panah masing-masing. Sedang mereka berjalan - jalan mereka ternampak seekor merak terbang di langit. Seorang pengawal memanah kedua - dua sayap merak. Merak dibawa menghadap raja. Raja pun melihat merak itu. Apabila terlihat sayap merak yang telah dipanah, raja pun berasa kasihan lalu membebaskan merak itu. Justeru, merak tidak boleh terbang.

(PART 4) COMING SOON

cerita rekaan sendiri( part 2)


 Terdapat seekor ular sawa yang sangat berbisa. Dia akan mematuk dan menggigit mangsanya sehingga mati. Banyak haiwan takut padanya. Seekor ular senduk berasa cemburu pada ular sawa kerana dia tidak mempunyai bisa. Setiap hari dia sering memikirkan rancangan untuk mendapatkan bisa daripada ular sawa.

   Pada pagi Ahad, tiga orang pemburu sedang memburu rusa dan kancil. Mereka tidak sedar bahawa ular sawa sedang mengikuti mereka. Ular sawa tidak tahu yang dia sedang diintip oleh ular senduk. Ular sawa terus mematuk kaki salah seorang pemburu itu. Kawannya terkejut lalu memapah kawannya yang cedera parah lalu melarikan diri ke luar hutan. Ular senduk mendapat idea apabila melihat kejadian itu.

   Keesokan harinya, ular senduk berjumpa dengan ular sawa lalu memberitahu bahawa pemburu yang dipatuknya tidak mati dan kaki pemburu itu cedera. Ular sawa berasa sedih lalu pergi ke tasik lalu membuang semua bisanya ke dalam tasik dan kemudiannya meninggalkan tasik itu. Ular senduk terus mengajak ular lain serta kala jengking, lipan dan lebah. Mereka minum air tasik itu hingga habis. Mereka pun menjadi haiwan yang berbisa.

cerita rekaan sendiri (part 1)


    Pada zaman dahulu, terdapat seekor sotong yang mempunyai banyak tulang .Haiwan lain pula tidak mempunyai tulang.Haiwan lain sering meminta tulang daripada sotong. Sotong berasa kasihan lalu memberi beberapa tulangnya.

  Pada suatu hari, haiwan lain datang dalam keadaan kelepek. Mereka meminta tulang yang banyak untuk keluarga mereka. Sotong memberi seekor 25 tulang.

  Pada petang itu, lima ikan duyung meminta 45 tulang yang besar. Sotong hanya memberi seekor 34 tulang sahaja. Keesokan harinya, udang meminta tulang daripada sotong tetapi sotong enggan memberi tulangnya yang terakhir. Jadi udang tidak  mempunyai tulang dan sotong hanya mempunyai satu tulang sahaja.











CERPEN PASH PASH


Tiba - tiba saya terdengar bunyi kucing. Saya melihat melalui cermin. Rupa - rupanya tayar kereta ibu saya telah terlanggar pada pinggang Pash Pash. Pash Pash ialah nama kucingku. Saya sedih apabila Pash Pash dilanggar. Saya memberitahu ibu saya yang tayar keretanya telah terlanggar pinggang  Pash Pash. Ibu saya terkejut apabila mengetahui hal itu. 

  Saya keluar daripada kereta dan membawa Pash Pash ke dalam rumah. Ayah saya menyapu minyak angin kepada pinggangnya.Kemudian, ayah  saya memberi Pash Pash makan tetapi dia tidak mahu makan. Ayahku membuka pintu. Pash Pash pun keluar.

   Pada petang itu, ibu dan kakak saya mencari Pash Pash. Malangnya tidak jumpa. boleh juga dikatakan sudah satu taman mencarinya.




SAJAK PASH PASH

sungguh menyedihkan bagiku 
kucingku telah dilanggar
aku berasa kasihan 
tetapi tidak tahu apa yang patut dilakukan
aku membawanya masuk ke dalam rumah
ayahku menyapu minyak angin
kemudian memberinya makan
tetapi dia tidak makan
ayahku membuka pintu 
rupa - rupanya dia mahu keluar
pada petang itu
ibu dan kakakku mencarinya
tetapi tidak jumpa
aku sungguh hairan
boleh dikatakan sudah satu taman mencarinya
sangat menghairankan




PANTUN PASH PASH

pergi ke laut dimakan jerung,
 ada buaya sedang makan,
Pash Pashlah kucing yang ku sayang, 
 tidak boleh ku lupakan.


pergi ke kedai membeli arang,
 saya takut pada tuhan,
Pash Pash sudah pun hilang,
 saya meratap kesedihan.