cerita rekaan sendiri (part 6)
Pada suatu hari, seekor raja ayam berjumpa dengan burung helang. Dia berkata"Hai helang, mari ikut aku cari makanan.". "Baiklah, mari aku sedang lapar ni." jawab burung helang. Ayam berjalan kaki manakala helang pula terbang tinggi di langit.
Selepas lama berjalan, mereka masih tidak dapat mencari makanan. Helang berasa sangat lapar lalu terus memakan raja ayam. Selesai menikmati daging ayam itu, helang pun terfikir " Daging ayam sedap juga ya. Kan bagus kalau aku makan semua ayam direban Tuk Abu. Lagipun dia tu sudah tua."
Jadi, helang pun terus pergi ke reban ayam kepunyaan tuk Abu. Helang pun berkata "Hai ayam - ayam semua, raja kamu telah aku bunuh. Sekarang giliran kamu pula". Seekor ayam mendapat idea bagi mengelakkan mereka dimakan. Dia pun berkata" Oh helang, saya mendapat idea. Bagaimana kalau kami mencari makanan untuk kamu". Helang setuju dengan cadangan ayam itu tetapi kalau ayam di situ gagal mencari makanan untuknya, dia akan memakan ayam satu persatu.
Bermula dari situlah ayam - ayam itu mengais tanah untuk memberi cacing kepada helang bagi mengelak dimakan oleh burung helang. Mereka berkerja bersungguh - sungguh bagi mengumpulkan cacing untuk helang. Tetapi usaha mereka sia - sia kerana helang tetap memakan ayam.
(part 7) coming soon
Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selama-lamanya... setia
cerita rekaan sendiri (part 5)
Pada suatu hari, seekor kura - kura sedang merangkak ke arah kancil. Dia ingin bertanya masalah yang dia hadapi. "Wahai Sang Kancil, aku mahu berlari pantas, ajarlah aku." kata kura - kura. "Boleh, tapi dengan syarat jangan pergi ke kampung itu." kata kancil. Kancil tahu di kampung itu ada empat kanak - kanak yang jahat.
Keesokan harinya, kura - kura belajar berlari dengan sang kancil sehingga kakinya boleh berlari dengan pantas. Kura - kura berasa sangat gembira kerana tidak sia - sia dia menghabiskan masa 3 minggu untuk belajar berlari pantas. "Terima kasih kancil kerana mengajar saya berlari pantas." kata kura - kura lalu terus berlari dari situ.
Kura - kura berlari ke kampung untuk menunjukkan betapa pantasnya dia berlari. Dia tidak perasan yang di dalam satu semak terdapat empat budak yang jahat. Empat budak itu membawa lastik untuk melastik haiwan. Jadi apabila kura - kura datang mereka bercadang melastik kaki kura - kura itu. Setiap seorang melastik satu kaki kura - kura itu. Kura - kura itu pun sakit kaki lalu merangkak perlahan. Jika dia bergerak dengan laju kakinya akan sakit.
(part 6) coming soon
cerita rekaan sendiri(part 4)
Pada zaman dahulu, terdapat seekor beruang mempunyai ekor yang panjangnya 125 cm. Dia suka memancing dengan menggunakan ekornya. Pada keesokan harinya, beruang pergi memancing ikan ditepi sungai seperti biasa. Semasa memancing, seekor buaya tidak suka akan ekor beruang yang panjang. Ini disebabkan dia pernah termakan bulu beruang yang keluar dari ekornya. Jadi dia terus menggigit ekor beruang sehingga menjadi 85 cm. Beruang terkejut lalu terus meninggalkan sungai itu.
Setelah meninggalkan sungai itu, beruang melihat ekornya yang sudah pendek. Kerana leka melihat ekornya sambil berjalan, dia secara tidak sengaja memijak ekor ular. Ular berasa marah lalu ingin menggigit ekor beruang kerana dia merasakan itu ialah balasan yang setimpal.
Beruang berasa sangat sedih lalu pulang kerumahnya. Semasa dalam perjalanan pulang dari rumah, ekor beruang tersekat pada pokok yang runtuh. Beruang berusaha mengeluarkan ekornya sehingga ekornya terputus sehing menjadi pendek seperti sekarang.
(part 5) coming soon
cerita rekaan sendiri( part 3)
Pada suatu pagi, terdapat seekor merak yang suka mengecat bulunya sehingga berwarna - warni. Merak selalu terbang untuk mencari warna. Dia mendapat warna dengan mencuri warna orang lain sehingga menjadi P.Ramlee. Merak akan mengecat sehari satu warna.
Pada malam itu, seorang raja bermimpi melihat seekor merak yang selalu mencari warna. Raja ingin membela merak itu lalu cuba menangkapnya. Tiba - tiba merak itu berkata "Jika tuanku ingin membela saya, sediakan pelbagai warna supaya saya jadi cantik". Keesokan harinya, raja menyuruh pengawal menangkap seekor merak. Ramai rakyat yang setuju kerana merak sering mencuri warna mereka.
Pada petang itu, lima orang pengawal membawa panah masing-masing. Sedang mereka berjalan - jalan mereka ternampak seekor merak terbang di langit. Seorang pengawal memanah kedua - dua sayap merak. Merak dibawa menghadap raja. Raja pun melihat merak itu. Apabila terlihat sayap merak yang telah dipanah, raja pun berasa kasihan lalu membebaskan merak itu. Justeru, merak tidak boleh terbang.
(PART 4) COMING SOON
cerita rekaan sendiri( part 2)
Terdapat seekor ular sawa yang sangat berbisa. Dia akan mematuk dan menggigit mangsanya sehingga mati. Banyak haiwan takut padanya. Seekor ular senduk berasa cemburu pada ular sawa kerana dia tidak mempunyai bisa. Setiap hari dia sering memikirkan rancangan untuk mendapatkan bisa daripada ular sawa.
Pada pagi Ahad, tiga orang pemburu sedang memburu rusa dan kancil. Mereka tidak sedar bahawa ular sawa sedang mengikuti mereka. Ular sawa tidak tahu yang dia sedang diintip oleh ular senduk. Ular sawa terus mematuk kaki salah seorang pemburu itu. Kawannya terkejut lalu memapah kawannya yang cedera parah lalu melarikan diri ke luar hutan. Ular senduk mendapat idea apabila melihat kejadian itu.
Keesokan harinya, ular senduk berjumpa dengan ular sawa lalu memberitahu bahawa pemburu yang dipatuknya tidak mati dan kaki pemburu itu cedera. Ular sawa berasa sedih lalu pergi ke tasik lalu membuang semua bisanya ke dalam tasik dan kemudiannya meninggalkan tasik itu. Ular senduk terus mengajak ular lain serta kala jengking, lipan dan lebah. Mereka minum air tasik itu hingga habis. Mereka pun menjadi haiwan yang berbisa.
cerita rekaan sendiri (part 1)
Pada zaman dahulu, terdapat seekor sotong yang mempunyai banyak tulang .Haiwan lain pula tidak mempunyai tulang.Haiwan lain sering meminta tulang daripada sotong. Sotong berasa kasihan lalu memberi beberapa tulangnya.
Pada suatu hari, haiwan lain datang dalam keadaan kelepek. Mereka meminta tulang yang banyak untuk keluarga mereka. Sotong memberi seekor 25 tulang.
Pada petang itu, lima ikan duyung meminta 45 tulang yang besar. Sotong hanya memberi seekor 34 tulang sahaja. Keesokan harinya, udang meminta tulang daripada sotong tetapi sotong enggan memberi tulangnya yang terakhir. Jadi udang tidak mempunyai tulang dan sotong hanya mempunyai satu tulang sahaja.











