twitter
rss

 

Jihad Warga Rimba Rinas

Berdegup kencang dadanya. Kakinya yang berlumuran darah digagahi juga untuk berlari. Kesakitan yang sementara diabaikan demi keselamatan nyawa yang tercinta. Mata yang mulai berkaca meliar mencari arah tuju.                            

                                                …………………………………………………………..

"Haa…. Kan ayah dah cakap, nak pergi main jangan pergi seorang diri, pergi sama-sama! Sekarang tengok, sudah sakit baru menyesal!" marah Pak Nyet. Monet masih diam membisu.

"Ala… Jangan peduli sangat cakap ayah kamu, dia memang macam itu. Kamu pun satu, yang pergi main seorang diri tu kenapa! Raja Rimba sudah cakap hutan kita sudah tidak selamat seperti dahulu. Ramai manusia sudah mula menerokai rimba ini," pujuk Mak Nyet sambil menasihati anak tunggalnya itu.

Penduduk Rimba Rinas makin diselubungi ketakutan, nyawa mereka kian terancam akibat perbuatan rakus manusia yang melakukan pencerobohan ke atas habitat tercinta mereka. Hari bersilih ganti, penduduk Rimba Rinas yang tidak berdosa kian berkurang kerana menjadi mangsa buruan Sir Hitler dan anak buahnya yang tidak berhati perut.

                                                …………………………………………………………..

"Dengar sini wahai penghuni-penghuni Hutan Rinas! Sir Hitler dan orang suruhannya  sudah melampau. Sekarang, sudah sampai masanya untuk kita bangkit menentang. Kita tunjukkan kehebatan kita. Biar mereka tahu langit tinggi rendah. Kita perlu bersatu merebut kebebasan. Kalau bukan kita, siapa lagi!" laung Raja Rimba Hutan Rinas dalam satu perjumpaan.

"Betul, betul…. Tapi macam mana? Mereka ada jentera. Besar-besar pulak tu," soal Jumbo, seekor gajah. " Itulah macam mana? Mereka juga ada senapang….. moden-moden pula itu," tanya Ress pula. Ress merupakan seekor antelop.

"Uk! Uk! Uk! Pak Nyet tahu….Pak Nyet tahu… Kita,…………….. tanya Sang Kancil.

Semua haiwan tertumpu kepada Sang Kancil, haiwan paling bijak dalam Rimba Rinas itu. Kelihatan Sang Kancil sedang ligat berfikir tentang strategi yang perlu diambil. Ting! "Ha, macam ni……….."

                                                …………………………………………………………..

"Eh, haiwan apaan yang mau kita buru pak?" soal Nopal, orang suruhan Sir Hitler yang merupakan pendatang tidak sah dari Indonesia. " Haiya kawan, kita buru rusa la. Boleh makan, buat sate. Mmmm…. Sedapnye…." Seng membalas. "Betul juga tu, tanduk rusa pula kita jual. Dapat duit. Kayaaaaa.."Hazim menyokong.

"Ah! Kisah apa aku! Nampak haiwan apa,tembak je. Lagi banyak dapat,lagi untung! HAHAHAHA…. SUDAH, jangan buang masa. Cepat sebelum pegawai perhutanan datang!" marah Sir Hitler.

Sir Hitler dan lima orang konconya menaiki lori menuju ke Rimba Rinas, Namun…..

"LANGGARRRR!!!!!!!" secara tiba-tiba, lori Sir Hitler dilanggar oleh sekumpulan gajah diketuai Jumbo. Habis terbalik dan remuk lori Sir Hitler.

"AAARRRGGGGGGHHHH…… Apaan ini, Kita sudah dilanggarin apa pak?" soal Nopal, cemas. "Cepat semua, keluar," Sir Hitler mengarah. Mereka bergegas keluar daripada lori tersebut. Sebaik sahaja mereka keluar, mereka menjamah batuan yang keras yang dilontarkan dari atas pokok. Rupa-rupanya, Pak Nyet dan kumpulannya yang melontar batu itu. Sir Hitler dan konco-konconya segera mengisi peluru dalam senapang mereka, namun nasib tidak menyebelahi kerana mereka dirempuh oleh 12 antelop diketuai Ress.

"Tembak sahaja, jangan mengalah. Hanya tembak!!" arah Sir Hitler. Bang! Bang! Bang! Tembakan sesat saling bersahutan. Ada yang kena, ada yang hanya terkena udara.

Dalam kekecohan itu, Hazim keluar meninggalkan kumpulannya dan berlari ke markasnya. "Dengar sini semua, nyawa Sir Hitler dihujung tanduk. Mari selamatkan beliau!" laung Hazim. Dalam masa tidak tercapai 3 minit, hampir 30 orang pemburu haram bergegas ke Rimba Rinas. Tembakan dilepaskan bertalu-talu. Jika tadi perlawanan memihak kepada warga Rimba Rinas, maka sekarang sebaliknya. Mayat haiwan bergelimpangan di sana-sini.

Tembakan yang tidak berputus-putus itu menyebabkan banyak haiwan yang mati dan tidak kurang juga yang tercedera. Haiwan-haiwan di Rimba Rinas melarikan diri seperti tikus nampak kucing. Dalam banyak-banyak tembakan itu, satu peluru tepat mengenai perut Mak Nyah. Badannya terus terkulai, rebah menyembah Bumi.

"Mak, mak. Jangan tinggalkan Monet! Mak! Mak!" raung Monet. Tanpa dia sedari, selaras senapang diacu tepat ke arah kepalanya. "Heh heh heh, kalau tak silap aku, kaulah anak monyet yang terkena tembakan aku. Dulu tak mampus, sekarang baru kamu akan mampu……..

"Lari Monet, lari! Tinggalkan Rimba Rinas! Sini sudah tidak selamat! Ikut Sang Kancil itu. Dia sedang cuba mengeluarkan haiwan-haiwan dari sini. Ikut dia!!!!" arah Pak Nyet yang pada ketika itu memeluk muka Sir Hitler. Kerana amarah Sir Hitler yang meninggi, dia melempar Pak Nyet dan menembaknya. Tamatlah riwayat seorang ayah yang merupakan wira kepada anaknya.

"Sudah Monet! Mari, lekas tinggalkan Rimba Rinas!" ajak Sang Kancil. Merka berlari meninggalkan Rimba Rinas. Ketika Monet memandang belakang, banyak mayat haiwan terkulai dan darah menyirami Bumi. Dari kejauhan lagi dia dapat melihat Raja Rimba yang bertarung dengan berani untuk mengalihkan perhatian pemburu haram daripada menembak haiwan yang meninggalkan Rimba Rinas sehingga ke akhir hayatnya.

Sejak kejadian hitam itu, Rimba Rinas tidak lagi berpenghuni.