twitter
rss

 

Jihad Warga Rimba Rinas

Berdegup kencang dadanya. Kakinya yang berlumuran darah digagahi juga untuk berlari. Kesakitan yang sementara diabaikan demi keselamatan nyawa yang tercinta. Mata yang mulai berkaca meliar mencari arah tuju.                            

                                                …………………………………………………………..

"Haa…. Kan ayah dah cakap, nak pergi main jangan pergi seorang diri, pergi sama-sama! Sekarang tengok, sudah sakit baru menyesal!" marah Pak Nyet. Monet masih diam membisu.

"Ala… Jangan peduli sangat cakap ayah kamu, dia memang macam itu. Kamu pun satu, yang pergi main seorang diri tu kenapa! Raja Rimba sudah cakap hutan kita sudah tidak selamat seperti dahulu. Ramai manusia sudah mula menerokai rimba ini," pujuk Mak Nyet sambil menasihati anak tunggalnya itu.

Penduduk Rimba Rinas makin diselubungi ketakutan, nyawa mereka kian terancam akibat perbuatan rakus manusia yang melakukan pencerobohan ke atas habitat tercinta mereka. Hari bersilih ganti, penduduk Rimba Rinas yang tidak berdosa kian berkurang kerana menjadi mangsa buruan Sir Hitler dan anak buahnya yang tidak berhati perut.

                                                …………………………………………………………..

"Dengar sini wahai penghuni-penghuni Hutan Rinas! Sir Hitler dan orang suruhannya  sudah melampau. Sekarang, sudah sampai masanya untuk kita bangkit menentang. Kita tunjukkan kehebatan kita. Biar mereka tahu langit tinggi rendah. Kita perlu bersatu merebut kebebasan. Kalau bukan kita, siapa lagi!" laung Raja Rimba Hutan Rinas dalam satu perjumpaan.

"Betul, betul…. Tapi macam mana? Mereka ada jentera. Besar-besar pulak tu," soal Jumbo, seekor gajah. " Itulah macam mana? Mereka juga ada senapang….. moden-moden pula itu," tanya Ress pula. Ress merupakan seekor antelop.

"Uk! Uk! Uk! Pak Nyet tahu….Pak Nyet tahu… Kita,…………….. tanya Sang Kancil.

Semua haiwan tertumpu kepada Sang Kancil, haiwan paling bijak dalam Rimba Rinas itu. Kelihatan Sang Kancil sedang ligat berfikir tentang strategi yang perlu diambil. Ting! "Ha, macam ni……….."

                                                …………………………………………………………..

"Eh, haiwan apaan yang mau kita buru pak?" soal Nopal, orang suruhan Sir Hitler yang merupakan pendatang tidak sah dari Indonesia. " Haiya kawan, kita buru rusa la. Boleh makan, buat sate. Mmmm…. Sedapnye…." Seng membalas. "Betul juga tu, tanduk rusa pula kita jual. Dapat duit. Kayaaaaa.."Hazim menyokong.

"Ah! Kisah apa aku! Nampak haiwan apa,tembak je. Lagi banyak dapat,lagi untung! HAHAHAHA…. SUDAH, jangan buang masa. Cepat sebelum pegawai perhutanan datang!" marah Sir Hitler.

Sir Hitler dan lima orang konconya menaiki lori menuju ke Rimba Rinas, Namun…..

"LANGGARRRR!!!!!!!" secara tiba-tiba, lori Sir Hitler dilanggar oleh sekumpulan gajah diketuai Jumbo. Habis terbalik dan remuk lori Sir Hitler.

"AAARRRGGGGGGHHHH…… Apaan ini, Kita sudah dilanggarin apa pak?" soal Nopal, cemas. "Cepat semua, keluar," Sir Hitler mengarah. Mereka bergegas keluar daripada lori tersebut. Sebaik sahaja mereka keluar, mereka menjamah batuan yang keras yang dilontarkan dari atas pokok. Rupa-rupanya, Pak Nyet dan kumpulannya yang melontar batu itu. Sir Hitler dan konco-konconya segera mengisi peluru dalam senapang mereka, namun nasib tidak menyebelahi kerana mereka dirempuh oleh 12 antelop diketuai Ress.

"Tembak sahaja, jangan mengalah. Hanya tembak!!" arah Sir Hitler. Bang! Bang! Bang! Tembakan sesat saling bersahutan. Ada yang kena, ada yang hanya terkena udara.

Dalam kekecohan itu, Hazim keluar meninggalkan kumpulannya dan berlari ke markasnya. "Dengar sini semua, nyawa Sir Hitler dihujung tanduk. Mari selamatkan beliau!" laung Hazim. Dalam masa tidak tercapai 3 minit, hampir 30 orang pemburu haram bergegas ke Rimba Rinas. Tembakan dilepaskan bertalu-talu. Jika tadi perlawanan memihak kepada warga Rimba Rinas, maka sekarang sebaliknya. Mayat haiwan bergelimpangan di sana-sini.

Tembakan yang tidak berputus-putus itu menyebabkan banyak haiwan yang mati dan tidak kurang juga yang tercedera. Haiwan-haiwan di Rimba Rinas melarikan diri seperti tikus nampak kucing. Dalam banyak-banyak tembakan itu, satu peluru tepat mengenai perut Mak Nyah. Badannya terus terkulai, rebah menyembah Bumi.

"Mak, mak. Jangan tinggalkan Monet! Mak! Mak!" raung Monet. Tanpa dia sedari, selaras senapang diacu tepat ke arah kepalanya. "Heh heh heh, kalau tak silap aku, kaulah anak monyet yang terkena tembakan aku. Dulu tak mampus, sekarang baru kamu akan mampu……..

"Lari Monet, lari! Tinggalkan Rimba Rinas! Sini sudah tidak selamat! Ikut Sang Kancil itu. Dia sedang cuba mengeluarkan haiwan-haiwan dari sini. Ikut dia!!!!" arah Pak Nyet yang pada ketika itu memeluk muka Sir Hitler. Kerana amarah Sir Hitler yang meninggi, dia melempar Pak Nyet dan menembaknya. Tamatlah riwayat seorang ayah yang merupakan wira kepada anaknya.

"Sudah Monet! Mari, lekas tinggalkan Rimba Rinas!" ajak Sang Kancil. Merka berlari meninggalkan Rimba Rinas. Ketika Monet memandang belakang, banyak mayat haiwan terkulai dan darah menyirami Bumi. Dari kejauhan lagi dia dapat melihat Raja Rimba yang bertarung dengan berani untuk mengalihkan perhatian pemburu haram daripada menembak haiwan yang meninggalkan Rimba Rinas sehingga ke akhir hayatnya.

Sejak kejadian hitam itu, Rimba Rinas tidak lagi berpenghuni.


















































                                                PERMAINAN YANG SAYA NAK BUAT

Sebenarnya saya tak pernah pun terfikir nak buat permainan sendiri. Ni sebenarnya homework untuk RBT tapi dah takde idea, saya pun tulis lah kat blog untuk ingat permainan yang saya nak buat.

            So, saya rasa saya nak buat game papan tentang pengembaraan. Nama game ni ialah *insert cricket sound*, New Crusade Arisen. Permainan ni kena ada 3-5 orang. Dadu guna dadu 20 sisi. Dalam game ni, kita ada buat karakter,(karakter dia jenis pengembara macam dalam cerita Jumanji, tapi akan diubah suai) kalau anda main 5 orang, seorang akan jadi pengawal raksasa dan tukang cerita, 4 orang lagi akan jadi pengembara.

            Ada empat jenis pengembara, pengembara 1, Gwerd pemegang pedang Furka. Speacialist: Damage terbaik. Pengembara 2, Zore pemegang panah Hitmer. Speacialist: Damage beshe-beshe tapi boleh serang dua kali. Pengembara 3, Xune pemegang tongkat Hezar. Speacialist: Damage low sikit daripada Zore, tapi boleh serangan kena semua enemy. Pengembara 4, Shabe pemegang racun Quort dan penyembuh Veura. Speacialist: racun Quort damage paling low, tapi makin lama, damage dia makin meningkat sampai sama damage dengan Gwerd. Penyembuh Veura boleh heal semua team dia.

            Game ni ada 300 petak. Cara nak gerak, untuk satu round, sorang je boleh gerak. Bergilir-gilirlah. Contoh mula-mula Gwerd baling dulu. Dapat 16. So, semua pengembara gerak ke petak 16. Tapi, dekat petak 16, tukang cerita akan baca cerita pasal petak 16, contohnya ada raksasa Spidesh, semua pengembara kena lawan dengan raksasa tu. Raksasa tu dikawal oleh tukang certita tu. Lepas habis menang, pengembara Zore pulak baling dadu, and so on.

            Ini pulak cara untuk lawan. Pengembara 1 akan baling dadu, dapat 8. Lepas pengembara 1 baling, pengawal raksasa pulak baling, dapat 16. That mean, raksasa tu buleh serang pengembara 1. Pengembara 1 pulak tak boleh buat apa-apa sebab dapat lagi rendah daripada raksasa. Tapi, kalau ada antara pengembara dapat 20, maksudnya, mereka menang tanpa bertanding. Kalau raksasa dapat 20, game over. Mula balik 5 petak sebelum petak tu. Cara nak selamatkan kawan dah mati, menang perlawanan dengan raksasa yang anda lawan. Kalu anda menang, kawan pengembara anda yang mati, hidup balik.

            Dan kat petak 300 atau petak terakhir, anda akan melawan dengan boss terakhir (setiap 50 petak, akan ada mini boss). Nama terakhirnya ialah Dorclamen. Kalau anda menang anda akan dapat kunci daripada tukang cerita untuk bukak peti harta karun  dekat petak tu jugak. Hebat jugakkan game yang saya nak buat ni. Kalau masuk pasaran, kiranya saya hebatkan. OK, the end. Ehh tersilap.       Game Over.