twitter
rss


Saya nak bagitau satu teka-teki. Amin ada 4 orang adik. Ayah mereka belikan 20 gula-gula. Berapa yang setiap seorang dapat? Jawapannya ialah Amin dapat 20 gula-gula manakala adik-adik dia dapat air mata mengalir di mata sebab abang mereka rembat semua gula-gula.
          Ok, berbalik kepada topik, saya nak bagitau satu cerita sebenar. Pernahlah saya pergi kedai tepi jalan. Kedai tu ramai orang. So, saya pun beraturlah. Bila sampai giliran, saya orderlah nasi kerabu 2 bungkus. Tapi kakak yang jaga kedai tu tak endah pun. Pastu ada sorang mak cik datang order nasi kerabu. Kakak jaga kedai tu pun buatlah nasi kerabu kat dia.
          Lepas mak cik tu blah, saya cubalah order lagi sekali nasi kerabu 2 bungkus. Korang tau apa kakak tu buat. Dia buatlah nasi kerabu untuk saya. Tak ayat di sebelah cuma penipuan. Kakak tu tak buat pun nasi kerabu tu untuk saya. Apa dia ingat aku ni patung duk buat bodo je kat depan kedai dia. Lepastu, ada sorang mak cik lain bawak anak dia order nasi kerabu. Kakak tu pun buatlah nasi kerabu untuk dia. Nasib baiklah aku tak hentam saja meja makanan dia tu. Ni la apa yang saya rasa.

                             


          APA DIA INGAT AKU MAI KEDAI DIA BUAT APA. Lepastu sesedap dia ja kata dia ingat aku ni anak mak cik tu lepas aku tanya dia yang aku mintak nasi kerabu 2 bungkus. Hoi, abih aku mai dah dekat lebih 5 minit pun tak perasan-perasan lagi. Ok, saya tahu apa korang cakap, kita mestilah biarkan laluan kepada orang yang lebih tua untuk buat pesanan dulu. Tapi, dah kita sampai dulu, kita order dulu, tapi dia buat untuk orang yang lebih tua daripada kita. Alamat sampai dah nak tutup kedailah baru nak dapat pesanan kita tu.

          Di sini nak ingatkan kepada bukan kepada saya sendiri , ataupun kepada para pembaca, tapi kepada semua orang di dunia. Berlakulah adil supaya tak timbul masalah. Kalau kita adil, kompem kita akan hidup senang. Percayalah.


Hazim: Tolong aku, wei. Tolong. Berat ni.
Adib   : Wei, tengok muka aku. Ada muka aku nampak macam kisah.
Faris   : tak pa, meh kami support hang.
Hazim : oh, thank y….
Faris   : cepatlah sikit. Lembap tul la hang ni Hazim.
Hazim : hang pun sokong Adib!!! WHAT THE ARGGGGGHH!!!!!!!!

            So being supportive ni boleh jadi mudah, boleh jadi susah. Sebagai contoh, kalau budak tu baik, senang la nak support seseorang. Tapi kalau orang to kejam macam setan, tak payah tanya pun tau dah dia kata apa. Sokongan ni juga merupakan platform untuk seseorang untuk mengecapi sesuatu kejayaan.

            So ni ada satu cerita pasai apabila kita tak jadi supportive. Amin tanya apa maksud "stacking" kat mak ayah dia. Tapi, mak ayah dia kata "ha, tu lah. Tadi duk melangut handphone tu tak search apa maksud perkataan tu." Dah kena marah dan tidak mendapat jawapan yang diinginkan, dia pun pendamkan hasrat nak tahu maksud perkataan tu. Bila sampai time periksa, Amin langsung tak tau stacking dan menyebabkan markahnya daripada 80%  (A) jadi 78% (B). Hanya sebab tak tau maksud sebenar stacking.
           
            So, kerana setitik nila, rosak susu sebelanga hanya sebab tak support orang nak belajar. Siapa rugi. Kitakan. Sebab tulah pentingnya kita sentiasa menyokong apa perkara yang boleh mendatangkan kebaikan.