"Mamak, ohh mamak. Roti canai
satu." Bakri berkata. "Hoii! Tak pasai -pasai kata aku mamak. Wooit! Ni
restoran 5 bintang la. Apa punya bengap la kau ni." Marah waiter.
Yea,
kita berjumpa lagi dalam blog ni. Miss me tak? Hehe. BTW, pernah tak korang
pergi restoran, pastu jumpa ada la macam pak cik yang duk berkumpulan dalam
satu meja, tengah berborak, sampai dah dekat pukul 12.00. Yang tu boleh
dikatakan melepaklah.
Tapi,
jangan nak banding sesuatu hanya dengan melihat keburukan. Kita perlu tengok
gak kebaikannya. Sebagai contoh, ermm, ahh, ape ye, hrmm, ha. Boleh erat
hubungan dengan kengkawankan. Lagi satu, boleh tahu benda yang kita tak tahu,
macam isu semasa. Kot kita tak tau, kawan kita boleh gitau. Bukan sekadar
membawang je, tapi ilmu pun boleh mengalir.
Dan
melihat kepada perkara negatifnya, boleh membuang masa. Mana taknya, melepak
sampai macam pukul 1 ataupun pukul 3 baru balik. Tapi, ada satu lagi melepak
nak gitau. Kalau kita tengok gajet lama sangat, kita boleh diklasifikasinkan
(perhh, ayat tu.) sebagai pelepak maya.