cerita rekaan sendiri (part 8)
Pada suatu pagi, terdapat seekor lebah yang malas bernama Tom. Tom malas untuk keluar mencari makanan seperti lebah yang lain. Pada suatu hari, ibu Tom menyuruhnya keluar mencari makanan. Ibu Tom berleter panjang sehingga Tom pun keluar mencari makanan.
Sewaktu keluar mencari makanan, Tom ternampak seekor tebuan yang bernama Herry membawa sesuatu. Jadi, Tom pun bertanya "Hai Herry, kamu bawa apa."tanya Tom yang tidak pernah melihat madu. Lebah yang lain juga tidak pernah melihat madu. "Saya sedang bawa madu, kamu mahu rasa." tanya Herry lalu memberi sedikit madu. Selepas merasa madu itu, dia pun bertanya "Dari mana kamu mendapat madu ini. Sedap sungguh madu. Lalu Herry pun menunjukkan tempat dia mendapat madu. Dia pun mengumpul madu di tempat itu.
Selepas mengumpul madu, Tom segera pulang dan membawa madu ke sarangnya. Tom memberi madu untuk ibunya dan turut mengagihkan madu itu kepada lebah yang lain. Keesokan harinya, Tom mengajak lebah yang lain untuk pergi mencari madu kerana semua lebah meminta Tom menunjukkan tempat untuk mengumpul madu. Bermula dari situlah, Semua lebah menghimpun mula madu.
(Part 9)coming soon
cerita rekaan sendiri (part 7)
Pada suatu pagi yang cerah, seekor tikus keluar mencari makanan untuk keluarganya. Semasa tikus melalui sarang gajah, seekor gajah bertanya"Kamu hendak ke mana tikus."."Saya ingin mencari makanan."jawab tikus. "Oh, saya ada beberapa keju, kamu ambil sedikit."kata gajah. Selepas mengambil sedikit keju,tikus terus membawa keju itu ke sarangnya. Dia memberi keju itu kepada keluarga dan jirannya.
Keesokan paginya, tiga ekor tikus keluar dari sarang untuk mencari makanan untuk keluarga mereka. Seekor tikus berkata"Mari kita berjumpa dengan gajah, mungkin dia boleh membantu kita.". Tikus - tikus itu setuju lalu pergi ke sarang gajah lalu meminta beberapa keju. Gajah itu memberi semua kejunya kepada tikus. Tikus - tikus itu mengucapkan terima kasih kepada gajah.
Gajah - gajah yang lain memarahi gajah yang memberi keju kepada tikus kerana mereka tahu tikus - tikus itu akan meminta keju setiap hari.Gajah - gajah mula takut kerana jika mereka tidak memberi lagi keju, tikus akan membuat bunyi bising ditelinga mereka atau akan menggigit telinga mereka. Jadi, mereka membuat keputusan untuk lari apabila terjumpa tikus.
(Part 8) coming soon
cerita rekaan sendiri (part 6)
Pada suatu hari, seekor raja ayam berjumpa dengan burung helang. Dia berkata"Hai helang, mari ikut aku cari makanan.". "Baiklah, mari aku sedang lapar ni." jawab burung helang. Ayam berjalan kaki manakala helang pula terbang tinggi di langit.
Selepas lama berjalan, mereka masih tidak dapat mencari makanan. Helang berasa sangat lapar lalu terus memakan raja ayam. Selesai menikmati daging ayam itu, helang pun terfikir " Daging ayam sedap juga ya. Kan bagus kalau aku makan semua ayam direban Tuk Abu. Lagipun dia tu sudah tua."
Jadi, helang pun terus pergi ke reban ayam kepunyaan tuk Abu. Helang pun berkata "Hai ayam - ayam semua, raja kamu telah aku bunuh. Sekarang giliran kamu pula". Seekor ayam mendapat idea bagi mengelakkan mereka dimakan. Dia pun berkata" Oh helang, saya mendapat idea. Bagaimana kalau kami mencari makanan untuk kamu". Helang setuju dengan cadangan ayam itu tetapi kalau ayam di situ gagal mencari makanan untuknya, dia akan memakan ayam satu persatu.
Bermula dari situlah ayam - ayam itu mengais tanah untuk memberi cacing kepada helang bagi mengelak dimakan oleh burung helang. Mereka berkerja bersungguh - sungguh bagi mengumpulkan cacing untuk helang. Tetapi usaha mereka sia - sia kerana helang tetap memakan ayam.
(part 7) coming soon
Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selama-lamanya... setia
cerita rekaan sendiri (part 5)
Pada suatu hari, seekor kura - kura sedang merangkak ke arah kancil. Dia ingin bertanya masalah yang dia hadapi. "Wahai Sang Kancil, aku mahu berlari pantas, ajarlah aku." kata kura - kura. "Boleh, tapi dengan syarat jangan pergi ke kampung itu." kata kancil. Kancil tahu di kampung itu ada empat kanak - kanak yang jahat.
Keesokan harinya, kura - kura belajar berlari dengan sang kancil sehingga kakinya boleh berlari dengan pantas. Kura - kura berasa sangat gembira kerana tidak sia - sia dia menghabiskan masa 3 minggu untuk belajar berlari pantas. "Terima kasih kancil kerana mengajar saya berlari pantas." kata kura - kura lalu terus berlari dari situ.
Kura - kura berlari ke kampung untuk menunjukkan betapa pantasnya dia berlari. Dia tidak perasan yang di dalam satu semak terdapat empat budak yang jahat. Empat budak itu membawa lastik untuk melastik haiwan. Jadi apabila kura - kura datang mereka bercadang melastik kaki kura - kura itu. Setiap seorang melastik satu kaki kura - kura itu. Kura - kura itu pun sakit kaki lalu merangkak perlahan. Jika dia bergerak dengan laju kakinya akan sakit.
(part 6) coming soon