Jihad Warga Rimba Rinas
Berdegup kencang dadanya. Kakinya yang berlumuran darah
digagahi juga untuk berlari. Kesakitan yang sementara diabaikan demi
keselamatan nyawa yang tercinta. Mata yang mulai berkaca meliar mencari arah
tuju.
…………………………………………………………..
"Haa…. Kan ayah dah cakap, nak pergi main jangan pergi
seorang diri, pergi sama-sama! Sekarang tengok, sudah sakit baru
menyesal!" marah Pak Nyet. Monet masih diam membisu.
"Ala… Jangan peduli sangat cakap ayah kamu, dia memang
macam itu. Kamu pun satu, yang pergi main seorang diri tu kenapa! Raja Rimba sudah
cakap hutan kita sudah tidak selamat seperti dahulu. Ramai manusia sudah mula
menerokai rimba ini," pujuk Mak Nyet sambil menasihati anak tunggalnya
itu.
Penduduk Rimba Rinas makin diselubungi ketakutan, nyawa
mereka kian terancam akibat perbuatan rakus manusia yang melakukan pencerobohan
ke atas habitat tercinta mereka. Hari bersilih ganti, penduduk Rimba Rinas yang
tidak berdosa kian berkurang kerana menjadi mangsa buruan Sir Hitler dan anak
buahnya yang tidak berhati perut.
…………………………………………………………..
"Dengar sini wahai penghuni-penghuni Hutan Rinas! Sir
Hitler dan orang suruhannya sudah
melampau. Sekarang, sudah sampai masanya untuk kita bangkit menentang. Kita
tunjukkan kehebatan kita. Biar mereka tahu langit tinggi rendah. Kita perlu
bersatu merebut kebebasan. Kalau bukan kita, siapa lagi!" laung Raja Rimba
Hutan Rinas dalam satu perjumpaan.
"Betul, betul…. Tapi macam mana? Mereka ada jentera.
Besar-besar pulak tu," soal Jumbo, seekor gajah. " Itulah macam mana?
Mereka juga ada senapang….. moden-moden pula itu," tanya Ress pula. Ress
merupakan seekor antelop.
"Uk! Uk! Uk! Pak Nyet tahu….Pak Nyet tahu… Kita,……………..
tanya Sang Kancil.
Semua haiwan tertumpu kepada Sang Kancil, haiwan paling bijak
dalam Rimba Rinas itu. Kelihatan Sang Kancil sedang ligat berfikir tentang
strategi yang perlu diambil. Ting! "Ha, macam ni……….."
…………………………………………………………..
"Eh, haiwan apaan yang mau kita buru pak?" soal
Nopal, orang suruhan Sir Hitler yang merupakan pendatang tidak sah dari
Indonesia. " Haiya kawan, kita buru rusa la. Boleh makan, buat sate.
Mmmm…. Sedapnye…." Seng membalas. "Betul juga tu, tanduk rusa pula
kita jual. Dapat duit. Kayaaaaa.."Hazim menyokong.
"Ah! Kisah apa aku! Nampak haiwan apa,tembak je. Lagi
banyak dapat,lagi untung! HAHAHAHA…. SUDAH, jangan buang masa. Cepat sebelum
pegawai perhutanan datang!" marah Sir Hitler.
Sir Hitler dan lima orang konconya menaiki lori menuju ke
Rimba Rinas, Namun…..
"LANGGARRRR!!!!!!!" secara tiba-tiba, lori Sir
Hitler dilanggar oleh sekumpulan gajah diketuai Jumbo. Habis terbalik dan remuk
lori Sir Hitler.
"AAARRRGGGGGGHHHH…… Apaan ini, Kita sudah dilanggarin
apa pak?" soal Nopal, cemas. "Cepat semua, keluar," Sir Hitler
mengarah. Mereka bergegas keluar daripada lori tersebut. Sebaik sahaja mereka
keluar, mereka menjamah batuan yang keras yang dilontarkan dari atas pokok.
Rupa-rupanya, Pak Nyet dan kumpulannya yang melontar batu itu. Sir Hitler dan
konco-konconya segera mengisi peluru dalam senapang mereka, namun nasib tidak
menyebelahi kerana mereka dirempuh oleh 12 antelop diketuai Ress.
"Tembak sahaja, jangan mengalah. Hanya tembak!!" arah
Sir Hitler. Bang! Bang! Bang! Tembakan sesat saling bersahutan. Ada yang kena,
ada yang hanya terkena udara.
Dalam kekecohan itu, Hazim keluar meninggalkan kumpulannya
dan berlari ke markasnya. "Dengar sini semua, nyawa Sir Hitler dihujung
tanduk. Mari selamatkan beliau!" laung Hazim. Dalam masa tidak tercapai 3
minit, hampir 30 orang pemburu haram bergegas ke Rimba Rinas. Tembakan
dilepaskan bertalu-talu. Jika tadi perlawanan memihak kepada warga Rimba Rinas,
maka sekarang sebaliknya. Mayat haiwan bergelimpangan di sana-sini.
Tembakan yang tidak berputus-putus itu menyebabkan banyak haiwan
yang mati dan tidak kurang juga yang tercedera. Haiwan-haiwan di Rimba Rinas
melarikan diri seperti tikus nampak kucing. Dalam banyak-banyak tembakan itu, satu
peluru tepat mengenai perut Mak Nyah. Badannya terus terkulai, rebah menyembah
Bumi.
"Mak, mak. Jangan tinggalkan Monet! Mak! Mak!"
raung Monet. Tanpa dia sedari, selaras senapang diacu tepat ke arah kepalanya.
"Heh heh heh, kalau tak silap aku, kaulah anak monyet yang terkena
tembakan aku. Dulu tak mampus, sekarang baru kamu akan mampu……..
"Lari Monet, lari! Tinggalkan Rimba Rinas! Sini sudah
tidak selamat! Ikut Sang Kancil itu. Dia sedang cuba mengeluarkan haiwan-haiwan
dari sini. Ikut dia!!!!" arah Pak Nyet yang pada ketika itu memeluk muka
Sir Hitler. Kerana amarah Sir Hitler yang meninggi, dia melempar Pak Nyet dan
menembaknya. Tamatlah riwayat seorang ayah yang merupakan wira kepada anaknya.
"Sudah Monet! Mari, lekas tinggalkan Rimba Rinas!"
ajak Sang Kancil. Merka berlari meninggalkan Rimba Rinas. Ketika Monet
memandang belakang, banyak mayat haiwan terkulai dan darah menyirami Bumi. Dari
kejauhan lagi dia dapat melihat Raja Rimba yang bertarung dengan berani untuk
mengalihkan perhatian pemburu haram daripada menembak haiwan yang meninggalkan
Rimba Rinas sehingga ke akhir hayatnya.
Sejak kejadian hitam itu, Rimba Rinas tidak lagi berpenghuni.